• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Emel [email protected] Palsu – LHDN

oleh Ahmad Albab
29/04/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah mengeluarkan emel [email protected] yang mengkehendaki pembayar cukai mengisi maklumat tertentu sebagai prosedur mendapatkan bayaran balik cukai pendapatan mereka.

Bahagian Komunikasi Korporat dan Multimedia LHDN dalam satu kenyataan media berkata, orang ramai diminta tidak mempedulikan emel tersebut kerana ia adalah emel palsu.

“Harap maklum bahawa bayaran balik cukai pendapatan hanya diproses berdasarkan maklumat pembayar cukai di dalam pangkalan data LHDN sahaja.

“Emel palsu berkenaan mengkehendaki pembayar cukai untuk memasukkan maklumat perbankan mereka dan turut akan dipautkan dengan paparan laman sesawang palsu perbankan pilihan mereka.

“LHDN menjangkakan emel palsu tersebut sedang berlegar di internet (dalam talian) dan menasihatkan semua pembayar cukai agar berhati-hati dan tidak memberikan respon terhadap sebarang arahan dalam emel tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

LHDN memaklumkan, agensi kutipan cukai itu menerima sebanyak 17 panggilan daripada pembayar cukai yang mahu mengesahkan emel palsu tersebut semalam.

“Pembayar cukai boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-800-88-5436 atau mana-mana cawangan LHDN berhampiran untuk pengesahan dan maklumat lanjut,” kata kenyataan itu. – mynewshub.cc

Tags: LHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd