• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tanah Rizab Orang Asli Dijangka Selesai Hujung Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
19/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Isu tanah rizab masyarakat Orang Asli dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung tahun ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata setakat ini, sebanyak 79,000 hektar tanah rizab itu telah siap diukur dan menunggu proses diwartakan manakala 24,000 hektar lagi sudah diwartakan kerajaan negeri.

“Sebanyak 26,000 hektar lagi akan diukur tidak lama lagi dengan setengah daripadanya sedang dalam proses pengukuran,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra bersama Orang Asli peringkat Parlimen Bera di sini, Jumaat.

Menurutnya selepas proses pengukuran itu selesai, ia akan memudahkan kerajaan negeri melakukan proses pewartaan yang dijangka memanfaatkan 220,000 orang Asli di negeri ini.

“Proses pewartaan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kementerian hanya bertanggungjawab mengukur tanah menerusi Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

“Saya telah arahkan Ketua Pengarah JAKOA supaya selesaikan urusan mengukur tanah pada penghujung tahun ini,”katanya.

Ismail Sabri berkata pada masa sama, kementerian akan memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri dalam memudahkan urusan pewartaan keseluruhan tanah rizab yang belum diwartakan itu.

Langkah itu boleh menyelesaikan segala pertelingkahan yang timbul dalam soal penentuan hak milik tanah golongan berkenaan untuk projek pembangunan.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan memperuntukkan RM300 juta tahun ini untuk pembangunan infrastruktur asas kepada Orang Asli di negara ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM250,000 bagi membina padang bola baharu dan astaka bagi kegunaan penduduk Orang Asli di sekitar Bukit Rok di sini. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]yL8AkA6wkS0[/wpdevart_youtube]

Tags: Ismail SabriOrang Asli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

Kes Ismail Sabri: Siasatan SPRM Selesai, Akan Mohon Lucut Hak RM170 juta – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Kesemua aset termasuk wang tunai berjumlah RM170 juta dan 16 kilogram jongkong emas yang ditemui dalam 'safehouse' yang dikaitkan...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd