• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Orang Asal Di Malaysia Adalah Orang Asli – Siti Kasim
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Kassim mendakwa penduduk asal di Malaysia adalah Orang Asli, bukan individu seperti Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan pihak yang bersama dengannya.

Beliau menerusi satu rakaman video di muat naik di media sosial beberapa hari lalu malah mempersoalkan asal usul sebenar Presiden PAS berdasarkan rupa fizikal pemimpin berkenaan.

“Kalau tengok si Hadi Awang itu, aku rasa dia punya asal usul pun, nenek moyang dia pun bukan daripada sini. Kau tengok muka dia pun kau dah tahu dah.

“Yang orang asal, Orang Asli sebenarnya di Malaysia ni bukan kamulah Hadi Awang. Bukan geng macam kamu. Yang orang asli betul-betul asal adalah Orang Asli,” dakwanya dalam video berkenaan.

Siti Kasim turut mendakwa Perlembagaan Negara tidak mengenal darjat keturunan, sebaliknya hanya ‘kenal’ warganegara dan bukan warganegara.

“Perlembagaan kita tidak mengenal darjat keturunan. Kamu faham tak itu? Kamu bukalah dan baca Perlembagaan Persekutuan kita.

“Di sisi undang-undang negara Perlembagaan hanya kenal dua kelompok. Pertama warganegara Malaysia yang sah, yang ada IC biru. Kedua yang bukan warganegara,” katanya.

Beliau turut dilihat menitisikan air mata apabila mengulas mengenai sumbangan kaum bukan Melayu di negara ini termasuk ketika bencana banjir dan dalam bidang sukan badminton.

“Adakah laungan perkauman ini boleh tolong bayar hutang kereta kita? Tidak!Adakah ia boleh beli susu anak dan beras di rumah? Tidak, ‘of course’ tidak” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Siti Kasim

 

Tags: Asal UsulKeturunanMalaysiaNenek MoyangOrang AsalOrang AsliPresiden PASRakaman Videositi kasimTan Sri Abdul Hadi Awang
Share213Tweet133SendShare

Related Posts

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

Yayasan Sultan Ibrahim Johor Sumbang Meja, Kerusi Untuk Pelajar Orang Asli Bakar Batu

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 10 unit meja banquet dan 50 unit kerusi kepada penduduk Kampung...

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

Malaysia Juga Wajar Haramkan Bank Dunia, IMF, Syarikat Komputer Gergasi, AI Dan Gajet Dari AS – Zaid Ibrahim

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia juga wajar mengharamkan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan setiap syarikat komputer gergasi, syarikat kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd