MUNGKIN ramai orang khususnya penduduk di utara tanah air amat menggemari kepedasan cili namun seorang lelaki di Indonesia ini pasti membuatkan anda terkejut dengan ‘kebolehannya’ yang luar biasa.ÂÂ
Putu Suartawan, 41, boleh dianggap manusia ‘kebal’ cili apabila boleh memakannya dalam kuantiti yang banyak.
Perbuatan berkenaan tidak membawa masalah kepada perutnya yang mana jika manusia normal mungkin boleh menyebabkan tisu perut koyak.
Menurut portal Merdeka.com, lelaki itu mengaku sudah berulang kali memeriksa kesihatan dirinya.
“Saya dikehendaki berjumpa dengan pakar perubatan. Keputusannya, saya tidak pernah ada masalah kesihatan.
“Sejak berumur 6 tahun hingga sekarang berumur 41 tahun, saya belum pernah mengeluh tentang sakit pada badan. Kalau sakit kepala dan selsema itu biasa. Kalau sakit di perut, syukur belum pernah ada,” kata Suartawan.
Ketika berbicara mengenai keistimewaanya, Suartawan berkata, dia tidak mengetahui dari mana datangnya kebolehan itu.
“Saya ada bertanya mengenai hal ini kepada orang tua saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kerana mereka juga tidak tahu, ” katanya.
Terdahulu, Suartawan pernah mengemparkan media Indonesia, apabila beliau dikatakan pernah memakan cili sehingga tiga kilogram dalam satu-satu masa.

“Ketika itu saya mendapat undangan daripada salah satu parti politik ketika menyambut Jero Wacik. Saat itu, saya makan cili hampir tiga kilogram dan beberapa sisanya diremas kemudian dibasuhkan ke wajah.
“Banyak yang teriak ngeri lihat saya dilulur dengan cili di muka dan mengenai mata. Tapi saya tidak rasakan perih atau pedas apapun,” katanya.
Berita mengenai kebolehan Suartawan membuatkan dirinya ingin mencuba cili terpedas di dunia, iaitu Carolina Reaper bagi membuktikan tahap ‘kekebalannya’. - MYNEWSHUB.CC
Sumber: Merdeka.com

