Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Zawara Coffee Janji Ubah...

HARI ini heboh apabila sebuah trak milik syarikat kopi terkenal di Malaysia, Zawara...

SPRM Serbu Menara DBKL,...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu Dewan Bandaraya...

KKM Akan Putuskan Perubahan...

Kuala Lumpur : Sebarang perubahan prosedur operasi standard (SOP) umrah susulan keputusan Arab...

Beyonce & Jay Z...

Tak berapa lama dahulu, para peminat disogokkan dengan gosip bahawa diva pop dunia,...

Manusia ‘Kebal’ Cili Wujud Di Indonesia

MUNGKIN ramai orang khususnya penduduk di utara tanah air amat menggemari kepedasan cili namun seorang lelaki di Indonesia ini pasti membuatkan anda terkejut dengan ‘kebolehannya’ yang luar biasa. 

Putu Suartawan, 41, boleh dianggap manusia ‘kebal’ cili apabila boleh memakannya dalam kuantiti yang banyak.

Perbuatan berkenaan tidak membawa masalah kepada perutnya yang mana jika manusia normal mungkin boleh menyebabkan tisu perut koyak.

Menurut portal Merdeka.com, lelaki itu mengaku sudah berulang kali memeriksa kesihatan dirinya.

“Saya dikehendaki berjumpa dengan pakar perubatan. Keputusannya, saya tidak pernah ada masalah kesihatan.

“Sejak berumur 6 tahun hingga sekarang berumur 41 tahun, saya belum pernah mengeluh tentang sakit pada badan. Kalau sakit kepala dan selsema itu biasa. Kalau sakit di perut, syukur belum pernah ada,” kata Suartawan.

Ketika berbicara mengenai keistimewaanya, Suartawan berkata, dia tidak mengetahui dari mana datangnya kebolehan itu.

“Saya ada bertanya mengenai hal ini kepada orang tua saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kerana mereka juga tidak tahu, ” katanya.


Terdahulu, Suartawan pernah mengemparkan media Indonesia, apabila beliau dikatakan pernah memakan cili sehingga tiga kilogram dalam satu-satu masa.

putu3
Gambar kenangan sewaktu Putu Suartawan memakan sejumlah cili di sebuah majlis.

“Ketika itu saya mendapat undangan daripada salah satu parti politik ketika menyambut Jero Wacik. Saat itu, saya makan cili hampir tiga kilogram dan beberapa sisanya diremas kemudian dibasuhkan ke wajah.

“Banyak yang teriak ngeri lihat saya dilulur dengan cili di muka dan mengenai mata. Tapi saya tidak rasakan perih atau pedas apapun,” katanya.

Berita mengenai kebolehan Suartawan membuatkan dirinya ingin mencuba cili terpedas di dunia, iaitu Carolina Reaper bagi membuktikan tahap ‘kekebalannya’. - MYNEWSHUB.CC

Sumber: Merdeka.com

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori