• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Cadang Kawasan NCER Di Negeri Itu Diperluas – Zambry

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Perak mahu Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperluaskan kawasan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di negeri itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata cadangan tersebut telah dikemukakan semasa mesyuarat NCIA ke-15 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya pada Khamis.

“Perak telah mengemukakan cadangan itu supaya pihak berkenaan dapat memikirkan bagi perluasan kawasan NCER dari Manjung sehingga ke kawasan lain khususnya di Hilir Perak.

“Perdana Menteri akan melihat cadangan ini dari segi analisis manfaat kos yang dilaksanakan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE),” katanya kepada pemberita selepas melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan dewan tertutup Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai mesyuarat semalam, Zambry berkata kerajaan negeri memeterai beberapa perjanjian dengan NCIA antaranya berhubung pengumpulan durian dan hasil durian di sekitar daerah Larut Matang dan Selama, serta kawasan Bukit Gantang.

“Hasil berkenaan dapat digunakan untuk tujuan eksport, seperti diproses menjadi produk makanan berasaskan durian misalnya aiskrim, kek durian dan lain-lain.

“Ia telah mendapat tempahan dan permintaan yang mengalakkan di luar negara dengan dikendalikan oleh Syarikat Duria Manufacturing Sdn Bhd,” katanya.

Berhubung pembinaan dewan tertutup sekolah berkenaan, Zambry berharap projek itu dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi mengelak kos tambahan.

“Kita memperuntukkan sebanyak RM2.9 juta bagi membina dewan ini dan berdasarkan anggaran kita, kos yang disediakan telah mencukupi,” katanya.

Pada majlis tersebut, Zambry turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi pembinaan sebuah surau terbuka berhampiran jeti sekitar TDLM untuk memudahkan anggota pasukan pertahanan itu menunaikan ibadat. – BERNAMA

Tags: PerakZambry Abdul Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

Perak Perkenal Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang

03/09/2026
0

IPOH - Anugerah Ketua Kampung Baru Cemerlang Perak 2026 akan diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan kepada ketua kampung yang menunjukkan prestasi...

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

Tsunami Rakyat Gelombang Merah Akan Bermula Di Perak – Nga Kor Ming

10/08/2026
0

IPOH - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming mendakwa tsunami rakyat gelombang merah akan bermula di bumi bertuah Perak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd