• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Dilarang Beri Kuliah Kerana Saran PAS, UMNO Bekerjasama

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslan Ismail mendakwa dilarang daripada memberi kuliah agama di Surau Darussalam di Kampung Cacar Baru, Paka, Dungun, Terengganu disebabkan saranannya supaya PAS bekerjasama dengan UMNO.

Beliau mendakwa, arahan supaya beliau tidak lagi memberi kuliah di surau berkenaan dikeluarkan menerusi satu surat oleh Ahli Jawatankuasa Surau Darussalam pada 1 Oktober lalu.

Roslan yang juga bekas pemimpin PAS mendakwa, larangan itu berkemungkinan besar bermotifkan politik memandangkan beliau sering menyatakan bahawa PAS tidak boleh bersendirian dalam meneruskan agenda politiknya di negara ini kecuali bersama UMNO.

Surau kuliah

“Sepanjang tujuh tahun tinggal di sini saya menghabiskan setiap Isnin malam Selasa di Surau Darus Salam Paka memberi kuliah Maghrib. Percuma.

“Saya selalu nyatakan rasa hati ini kepada pimpinan dan juga melalui Facebook bahawa PAS tidak boleh bersendirian untuk merealisasikan agenda hudud,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Roslan yang juga Presiden Waris Malaysia turut melahirkan rasa kesal apabila mengetahui melalui perbincangan Whatssup surau itu ada segelintir jemaah sanggup tidak bersolat di surau itu jika beliau menjadi imam.

“Mungkin pandangan berbeza ini, saya menerima kecaman segelintir jamaah. Hari ini saya menerima surat penamatan sebagai pemberi kuliah di surau,” katanya. - MYNEWSHUB.CC

Tags: ImamPASUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd