• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai satu kehilangan besar buat negara dan rakyat Malaysia.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Allahyarhamah merupakan tokoh wanita yang begitu dihormati serta dekat di hati rakyat Malaysia.

Beliau turut merakamkan salam takziah sedalam-dalamnya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarhamah pagi ini.

Menurut Ahmad Zahid, rakyat selama puluhan tahun menjadi saksi bagaimana Allahyarhamah setia menjadi teman hidup Tun Dr Mahathir, membesarkan keluarga serta mendampinginya ketika memikul amanah kepada negara.

Katanya, sukar untuk membayangkan kesunyian yang dirasai selepas kehilangan insan yang sudah sekian lama berada di sisi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Allahyarhamah akan terus dikenang atas khidmat dan sumbangannya sebagai seorang doktor selain keprihatinannya terhadap kesejahteraan masyarakat.

Kelembutan, kesederhanaan serta keteguhan Allahyarhamah sepanjang hayat, katanya, menjadikan beliau seorang insan yang disayangi dan contoh teladan kepada rakyat Malaysia.

Ahmad Zahid turut mendoakan agar Allah SWT mengampuni Allahyarhamah, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman.

Beliau turut mendoakan agar Tun Dr Mahathir dan seluruh keluarga diberikan kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi kehilangan besar itu. – MYNEWSHUB

Tags: Buat Tun MahathirKenangTitip DoaTun Dr Siti HasmahUMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Laman Facebook Najib Razak Ucap Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Laman Facebook Najib Razak Ucap Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir...

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah di atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd