• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran hutan di Indonesia adalah palsu dan mengelirukan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius laporan berhubung kejadian itu yang cuba dikaitkan dengan JCorp, sebuah institusi pelaburan milik kerajaan Johor.

Menurutnya, tiada pihak sepatutnya mengambil kesempatan memutarbelitkan fakta sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah JCorp terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Saya ingin menegaskan, jangan ada mana-mana pihak mengambil kesempatan memutar belit fakta sehingga menimbulkan persepsi seolah-olah JCorp, sebuah institusi pelaburan milik Kerajaan Negeri Johor, terlibat dalam kejadian kebakaran hutan tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Onn Hafiz berkata, JCorp menerusi kenyataan rasmi telah menjelaskan bahawa pihaknya dan syarikat dalam kumpulannya tidak memiliki atau mengendalikan sebarang ladang di luar Malaysia.

Katanya, Kulim (Malaysia) Berhad melalui anak syarikatnya telah melupuskan kepentingan dalam lima syarikat perladangan di Indonesia pada 2007.

Selain itu, Kulim turut melupuskan keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam dua lagi syarikat di Indonesia pada 6 Julai 2023.

“Justeru, dakwaan yang mengaitkan JCorp dengan pemilikan atau pengendalian operasi semasa syarikat-syarikat berkenaan serta kejadian kebakaran tersebut adalah palsu dan mengelirukan,” tegasnya.

Beliau berkata, semua pihak berhak menuntut ketelusan dan akauntabiliti, namun perkara itu perlu berlandaskan fakta serta bukti yang sahih.

Katanya, kerajaan Johor akan terus mempertahankan integriti, kredibiliti dan reputasi negeri daripada sebarang tuduhan yang tidak berasas. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: AmbilIndonesiaJanganJCORPKaitkanKebakaran hutanKesempatanOnn Hafiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

Kementerian Haji Indonesia Gesa 70,000 Jemaah Umrah Elak Penerbangan Transit Di Malaysia Dan Singapura

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Agensi pelancongan umrah diminta mengutamakan penerbangan terus menerusi Garuda Indonesia dan Lion Air bagi mengelakkan aliran keluar ekonomi...

Onn Hafiz Seru Rakyat Melaka Nilai Kepimpinan Berdasarkan Rekod Khidmat, Bukan Fitnah

Onn Hafiz Seru Rakyat Melaka Nilai Kepimpinan Berdasarkan Rekod Khidmat, Bukan Fitnah

25/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru rakyat Melaka supaya menilai kepimpinan berdasarkan rekod khidmat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd