• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hannah Yeoh Minta Jangan Teruja Kerjasama BN-PN, Bakal Tenggelam Seperti Kapal Titanic

oleh Mynewshub
24/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hannah Yeoh Minta Jangan Teruja Kerjasama BN-PN, Bakal Tenggelam Seperti Kapal Titanic
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yakin kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan karam seperti kapal Titanic.

Beliau berkata, seperti kapal Titanic, mereka bersorak gembira pada awal pelayaran, namun ahirnya karam akibat melanggar bongkah ais besar yang gagal dilihat berada di depan.

Hannah Yeoh meminta rakyat Negeri Sembilan tidak teruja melihat kerjasama BN-PN yang beliau dakwa dibayangi oleh mereka yang tidak setia kepada politik persahabatan.

“Mereka pun tidak mahu rakan kerjasama mereka berjaya. Yang mahu dijulang, hanyalah pucuk masing-masing. Begitulah perumpamaan kerjasama BN dan PN hari ini.

“Mereka seperti kapal Titanic yang hanya menunggu masa untuk karam kerana tidak memiliki nilai politik persahabatan,” dakwanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Hannah yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP berkata, kerjasama BN-PN tidak sama seperti kesetiaan Parti Keadilan Rakyat, Parti Amanah Negara dan DAP dalam Pakatan Harapan (PH)

Menurut beliau, PH setia berjuang dan mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10 hari ini.

“Kami kekal dengan hanya seorang kapten dalam sebuah nakhoda. Memenangkan calon-calon PH adalah simbol kita mempertahankan nilai sebuah politik persahabatan.

“Ianya yang tidak ada dalam mana-mana kerjasama politik selain PH. Kekalkan PH, akan kekallah kerajaan dan para pemimpin yang setia dengan nilai politik persahabatan ini. Percayalah,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB

 

Tags: Bakal KaramBNHannah Yeohkapal titanickerjasamaMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)PHPNPRN Negeri SembilanTimbalan Setiausaha Agung DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kadar SARA Akan Dinaikkan, Jualan Rahmah Di Kem Tentera

Kadar SARA Akan Dinaikkan, Jualan Rahmah Di Kem Tentera

24/07/2026
0

GEMAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan pelaksanaan Program Jualan Rahmah Madani ke lokasi...

Negeri Sembilan Tidak Ada Masalah Dengan Kuil – MB Aminuddin

Negeri Sembilan Tidak Ada Masalah Dengan Kuil – MB Aminuddin

24/07/2026
0

PAROI - Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah dengan rumah ibadat bukan Islam termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd