• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

oleh Mynewshub
06/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan Johor dengan terpengaruh kepada fitnah, hasutan dan janji “bulan dan bintang” yang ditaburkan pihak lawan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut beliau, selepas seminggu tempoh berkempen, corak kempen pembangkang dilihat tidak banyak berubah apabila terus menggunakan taktik menghasut, menyebarkan fitnah dan menawarkan pelbagai janji untuk mempengaruhi pengundi.

Beliau bagaimanapun yakin Bangsa Johor merupakan masyarakat yang matang dan bijak menilai berdasarkan pengalaman lalu, khususnya ketika Pilihan Raya Umum 2018 dan Pilihan Raya Negeri 2022.

“Saya percaya dengan sepenuh hati bahawa Bangsa Johor tidak mudah diperdaya kerana kita telah mengalami suasana yang sama pada tahun 2018 dan juga 2022, apabila mereka menggunakan strategi yang sama untuk menghasut dan meraih undi,” katanya menerusi satu rakaman video di media sosial.

Onn Hafiz berkata, rakyat dimohon memberi fokus kepada usaha membangunkan Johor dan menilai prestasi sebenar kerajaan negeri yang telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif demi kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, banyak pencapaian telah direkodkan sepanjang pentadbiran kerajaan negeri dan usaha tersebut perlu diteruskan bagi memastikan Johor terus muncul sebagai negeri yang maju, stabil dan makmur.

Beliau turut mengingatkan pengundi agar tidak mengorbankan masa depan negeri hanya kerana terpedaya dengan tuduhan yang tidak berasas serta janji-janji yang belum tentu mampu ditunaikan.

“Bangsa Johor yang saya kasihi sekalian, sama-samalah kita fokus kembali untuk membangunkan negeri Johor yang kita cintai. Banyak yang telah kita capai.

“Jangan kita gadaikan masa depan Johor dengan fitnah, hasutan dan janji bulan bintang yang mereka taburkan. Sama-samalah kita membina masa depan Johor yang lebih baik,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: 20182022Bulan dan bintangDatuk Onn Hafiz GhazifitnahhasutanJangan GadaijanjiMasa Depan Johormenteri Besar JohorPRN Johorstrategi sama
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

“Saya Menolak Persepsi PH Tidak Bawa Manfaat Kepada Rakyat”

“Saya Menolak Persepsi PH Tidak Bawa Manfaat Kepada Rakyat”

06/07/2026
0

TANGKAK - Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow menolak persepsi bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak membawa sebarang manfaat kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd