• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

oleh Mynewshub
05/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan yang akan mengundi pada 7 Julai ini agar terus memberi kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor.

Onn Hafiz berkata, beliau sedar amanah memimpin dan mentadbir Johor bukan sesuatu yang mudah atau ringan, tetapi setiap kepercayaan yang diberikan adalah amanah besar yang akan dipegang dan dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Dengan penuh rendah hati, saya memohon dan merayu kepada saudara-saudari. Berikanlah peluang dan kepercayaan kepada calon-calon BN untuk kami terus berkhidmat, meneruskan usaha yang telah dimulakan dan membawa Johor melangkah lebih jauh demi kesejahteraan seluruh Bangsa Johor.

“Insya-Allah, sekiranya diberikan mandat sekali lagi, kami akan terus bekerja sehabis baik dan sedaya upaya untuk membalas kepercayaan yang diberikan.

“Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan pengundian awal, melancarkan setiap perjalanan dan mengurniakan kemenangan kepada BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Insya-Allah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta khidmat bakti anggota pasukan keselamatan dalam menjaga keamanan, kestabilan dan keselamatan negeri serta negara.

Sementara itu, Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menerusi satu rakaman video di media sosial menyeru anggota pasukan beruniform tidak tunduk kepada sebarang tekanan sama ada secara terang-terangan atau secara halus ketika mengundi awal.

Menurut beliau, tiada siapa berhak memaksa, menekan, mengugut atau memberi bayangan bahawa masa depan mereka bergantung kepada pilihan politik.

“Undi tuan-tuan dan puan-puan adalah rahsia. Tiada siapa boleh tahu siapa yang anda undi. Sebagai anggota pasukan beruniform, anda telah banyak berkorban menjaga keselamatan, ketenteraan dan kedaulatan negara.

“Maka hak anda sebagai pengundi juga mesti dihormati sepenuhnya. Undilah berdasarkan hati nurani, penilaian sendiri dan keyakinan terhadap siapa yang benar-benar mampu menjaga Johor, membela rakyat dan membawa kestabilan serta kemajuan,” katanya.

Ka Siong turut meminta anggota pasukan beruniform yang bakal mengundi dalam PRN Johor kali ini tidak gentar terhadap bayangan kuasa kerana dalam demokrasi kerajaan datang dan pergi.

Menurut beliau, jawatan politik juga tidak kekal selama-lamanya, tetapi maruah prinsip dan hak rakyat untuk memilih tidak boleh dirampas.

“Tunaikan tanggungjawab anda dengan berani, tenang dan yakin. Undi anda rahsia. Pilihan anda hak anda. Masa depan Johor milik Bangsa Johor,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi/Wee Ka Siong

 

Tags: 7 JulaiAnggota Pasukan KeselamatanBarisan NasionalBNCalonDatuk Onn Hafiz GhaziDatuk Seri Dr Wee Ka SiongJangan gentarKepercayaanKerajaan BN Johormenteri Besar Johorpengundian awalpolisPresiden MCArayusokonganTekananTenteratidak tunduk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Soal Pembebasan Najib Tidak Perlu Tunggu Pilihan Raya – Nazifuddin

Soal Pembebasan Najib Tidak Perlu Tunggu Pilihan Raya – Nazifuddin

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Anak kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, Datuk Mohd Nazifuddin tampil memperjelaskan kenyataan beliau berhubung bapanya...

PM Anwar Hilang ‘Cool’ Kena ‘Betah’ Onn Hafiz?

PM Anwar Hilang ‘Cool’ Kena ‘Betah’ Onn Hafiz?

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menegaskan bahawa kedudukannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd