• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Fayhsal Bidas Penjelasan PM Anwar, Hari Peneroka FELDA Johor Bukan Semasa Kempen Pilihan Raya

oleh Mynewshub
01/07/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Wan Fayhsal Bidas Penjelasan PM Anwar, Hari Peneroka FELDA Johor Bukan Semasa Kempen Pilihan Raya
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan penjelasan Perdana Menteri berhubung isu pembatalan sambutan Hari Peneroka FELDA di Johor pada 20 dan 21 Jun lalu sebagai dangkal.

Menurut beliau, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jentera Kerajaan Persekutuan tidak boleh digunakan semasa kempen pilihan raya adalah tidak munasabah kerana tarikh sambutan tersebut bukan dalam tempoh kempen pilihan raya.

“Alasan ini sungguh dangkal dan tidak munasabah. Sambutan Hari Peneroka FELDA ini telah dirancang lebih awal. Lebih awal dari sebelum pilihan raya umum negeri diputuskan untuk diadakan.

“Malahan, tarikh 20 dan 21 Jun yang menjadi tarikh untuk sambutan juga tidak diadakan dalam tempoh kempen pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Wan Ahmad Fayhsal sebaliknya mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang menyalahgunakan jentera Kerajaan Persekutuan untuk program parti.

“Contoh terbaharu adalah siaran langsung ‘Ceramah Umum Pakatan Harapan : Keadilan Untuk Bangsa Johor’ pada 15 Jun 2026 menggunakan RTM, sebuah jabatan milik kerajaan.

“Pembatalan Sambutan Hari Peneroka FELDA 2026 Peringkat Negeri Johor adalah satu pengkhianatan kepada peneroka FELDA,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: dangkalDatuk Seri Anwar IbrahimkempenKetua Penerangan Parti Wawasan NegaraPembatalanPerdana Menteripilihan raya negeriPRN JohorSambutan Hari Peneroka FELDA 2026 Peringkat Negeri JohorTarikhTidak munasabahWan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Share201Tweet126SendShare

Related Posts

PMX Anwar Disaran Tukar Pengerusi Mara

PMX Anwar Disaran Tukar Pengerusi Mara

15/08/2026
0

MELAKA - Seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat...

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

PMX Anwar Masih Dalam Proses Pemulihan Kesihatan – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi contoh teladan tentang komitmen,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd