JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi ‘pembunuhan karakter’ oleh Pakatan Harapan (PH)
Setiausaha Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin berkata, tindakan PH tersebut kerana keengganan Onn Hafiz untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)
“Bila tak bekerjasama ‘character assassination’ bermula dari pimpinan Persekutuan PH terhadap Menteri Besar Johor. Modus operandinya mudah.
“Bunuh atau rosakkan imej pemimpin yang paling berpengaruh dalam sesuatu kelompok atau kumpulan. Bagi Barisan Nasional (BN) Johor individu tersebut ialah Onn Hafiz,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Hafiz berkata, modus operandi ‘pembunuhan karakter’ itu adalah yang sama digunakan oleh PH sebelum mereka ke puncak kuasa sebelum ini.
“Kini tumpuan adalah melekatkan label sombong, angkuh, ‘claim credit’. Hanya kerana tidak mahu meneruskan kerjasama dengan PH dan DAP,” katanya.
“Kalau hari itu setuju meneruskan kerjasama mungkin tak timbul semua ini. Automatik Onn Hafiz adalah MB paling ‘friendly’ dan berprestasi tinggi kepada mereka,” katanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Hafiz Ariffin


