• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA, MIC Beri Sokongan Penuh Kepada Onn Hafiz

oleh Mynewshub
30/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
MCA, MIC Beri Sokongan Penuh Kepada Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Parti MCA dan MIC menyatakan sokongan penuh kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Johor yang juga Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, MCA selaku parti komponen BN memberi kepercayaan penuh kepada Onn Hafiz dalam aspek tadbir urus negeri Johor.

Menurut beliau, MCA turut memberi sokongan penuh kepada Onn Hafiz dalam memimpin jentera BN Negeri Johor dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“MCA selaku parti komponen BN sentiasa memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam aspek tadbir urus di negeri Johor serta memimpin jentera BN Negeri Johor dalam menghadapi PRN Johor kelak,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

Pengerusi MIC Johor, K. Raven Kumar sebelum ini dilaporkan berkata, keputusan BN untuk bergerak atas kekuatan sendiri bukan soal ego
politik.

Ia sebaliknya demi memastikan kestabilan kerajaan negeri dan kesinambungan agenda pembangunan rakyat.

Beliau dipetik, berkata MIC percaya Johor tidak
memerlukan percaturan politik yang boleh
mewujudkan ketidaktentuan pentadbiran
atau mengganggu fokus pembangunan negeri.

“Johor perlu terus dipimpin oleh kerajaan yang stabil, berpengalaman dan memahami aspirasi Bangsa Johor,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: Datuk Onn Hafiz GhaziKepercayaanMCAMICPRN Johorsokongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

DUN Johor Bubar 22 Jun? Sidang Sehari Tanpa Soal Jawab Cetus Spekulasi

DUN Johor Bubar 22 Jun? Sidang Sehari Tanpa Soal Jawab Cetus Spekulasi

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Notis Mesyuarat Kedua bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor ke-15 yang dijadual berlangsung pada 22 Jun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd