• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

oleh Mynewshub
16/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad berkata, pengiktirafan UEC secara bersyarat untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) hanyalah satu episod kecil.

“Mereka mahu sijil UEC diiktiraf setaraf dengan sijil SPM dan STPM. Mereka mahu sistem SMPC setaraf dengan sistem pendidikan kebangsaan.

“Mereka tidak mahu akur dan patuh kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Itulah matlamat akhir mereka yang sebenar.

“Itulah yang saya faham tentang bantahan dan kritikan Dong Zong dan MCA terhadap keputusan kerajaan berkaitan UEC,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Terdahulu, Anuar berkata, kerajaan sudah bertolak ansur dengan niat baik apabila bersetuju memberi pengiktirafan secara laluan bersyarat kepada lepasan UEC untuk memasuki IPTA.

Bagaimanapun, katanya, Dong Zong masih tidak bersetuju dengan tolak ansur kerajaan, manakala MCA turut mendesak perkara sama.

“Maksudnya, mereka mahu pelajar lepasan SMPC boleh masuk IPTA menggunakan sijil UEC sahaja tanpa perlu sijil SPM. Mereka mahu sijil UEC setaraf dengan sijil SPM dan STPM.

“Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai pelbagai aliran pendidikan yang setaraf.

“Mereka mahu bukan sekadar bahasa Melayu sahaja sebagai bahasa pengantar pendidikan negara, sebaliknya bahasa lain juga mesti diiktiraf sebagai bahasa pengantar pendidikan negara.

“Itulah maksud keadilan, inklusif dan pengiktirafan pendidikan pada pandangan mereka.”

Anuar berkata, golongan yang mendesak pengiktirafan itu dilihat sudah tidak mempedulikan hasrat bapa-bapa kemerdekaan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu berasaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Mereka sudah mengetepikan kandungan Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996, Dasar Pendidikan Kebangsaan malah Perkara 152 berkaitan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Jelas mereka sudah tidak peduli semua itu.

“Jadi, patutkah kita, seluruh rakyat pelbagai kaum yang mahu hidup secara harmoni, terus menjaga hati mereka sedangkan mereka sendiri sudah tidak peduli dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan?” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun media sosial Anuar Ahmad

Tags: Dong ZongDr. Anuar AhmadMatlamat AkhirMCApakar pendidikanpengiktirafanSPMSTPMUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jamal Yunos Gesa UMNO Keluar Kerajaan Madani Jika UEC Diiktiraf, Beri Kesan Negatif

Jamal Yunos Gesa UMNO Keluar Kerajaan Madani Jika UEC Diiktiraf, Beri Kesan Negatif

16/05/2026
0

SHAH ALAM - Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar menggesa UMNO meninggalkan Kerajaan...

Dalam Kehidupan Mesti Ada Semangat Tolak Ansur – PM Anwar

Dalam Kehidupan Mesti Ada Semangat Tolak Ansur – PM Anwar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya memiliki semangat tolak ansur apabila berbicara tentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd