• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik

oleh Mynewshub
04/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Perkukuh Tarikan Pelabur Global Ketika Dunia Berdepan Ketidaktentuan Geopolitik
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor terus mengorak langkah memperkukuh kedudukan sebagai destinasi pelaburan utama serantau apabila berjaya menarik minat lebih 150 pelabur global dalam satu sesi libat urus strategik di Shanghai, China.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelabur berpotensi tinggi itu menunjukkan minat untuk meneroka peluang pelaburan bernilai tinggi menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)

Menurut beliau, dalam sesi berasingan bersama China Construction Bank (CCB), hampir 20 syarikat pelabur daripada sektor berimpak tinggi termasuk bioteknologi, pembuatan, digital, tenaga dan aeroangkasa turut menyertai perbincangan.

“Kerajaan negeri memberi tumpuan kepada usaha menarik pelaburan berkualiti yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi, memacu pemindahan teknologi baharu serta merancakkan pertumbuhan ekonomi Johor,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, CCB yang merupakan antara bank terbesar dunia dengan rangkaian lebih 13,000 cawangan di seluruh China memainkan peranan penting dalam sistem kewangan global, khususnya dalam pembiayaan sektor korporat, infrastruktur dan pelaburan berskala besar.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa keyakinan pelabur antarabangsa terhadap Johor kekal kukuh meskipun dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik.

“Perkembangan ini membuktikan Johor terus menjadi pilihan utama pelabur sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN, sekali gus merancakkan ekonomi negeri dan memberi manfaat langsung kepada rakyat melalui peluang pekerjaan serta pembangunan lebih menyeluruh,” ujarnya.

Beliau turut berharap usaha berterusan itu mampu memperkukuh kedudukan Johor dalam rantaian ekonomi serantau dan global, di samping membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat Johor. – MYNEWSHUB

Tags: antarabangsaDatuk Onn Hafiz GhaziGeopolitikKukuhmenteri Besar Johorpelaburan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd