• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Tarik Pelaburan RM700 Juta, Sasar 1,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2030

oleh Mynewshub
04/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Tarik Pelaburan RM700 Juta, Sasar 1,000 Peluang Pekerjaan Menjelang 2030
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan strategik apabila berjaya menarik minat GSP Automotive Group Wenzhou Co. Ltd. bagi meneroka peluasan pelaburan bernilai sekitar RM700 juta.

 

Pelaburan tersebut dijangka mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2030, khususnya dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

 

Menurut kenyataan, GSP merupakan antara peneraju global dalam pembuatan komponen automotif dan kini sedang memperluaskan fokus ke arah teknologi bateri serta robotik, selari dengan keperluan industri masa hadapan.

 

Perkembangan ini dilihat mampu membuka ruang kepada tenaga kerja tempatan untuk meningkatkan kemahiran, sekali gus melahirkan tenaga kerja berdaya saing tinggi yang bersedia menghadapi perubahan teknologi.

 

Dalam masa sama, Kerajaan Negeri menegaskan bahawa setiap peluang pekerjaan yang diwujudkan perlu memberi keutamaan kepada rakyat Johor, khususnya dalam usaha memperkasa bakat tempatan.

 

Pendekatan tersebut dilaksanakan melalui latihan berstruktur, kerjasama strategik bersama pelbagai pihak termasuk Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), serta penyelarasan oleh Johor Talent Development Council (JTDC) bagi memastikan laluan kerjaya yang jelas dan berkualiti.

 

Selain itu, perbincangan turut menyentuh aspek keperluan tenaga kerja, proses kelulusan yang dipermudah serta sokongan automasi dan geran industri melalui IMFC-J, selaras dengan inisiatif Johor Super Lane.

 

Langkah ini bukan sahaja bertujuan memastikan kelancaran pelaburan, malah memberi impak lebih besar kepada pembangunan kemahiran, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi negeri secara berterusan.

 

Diharapkan usaha berterusan ini mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti, meningkatkan mobiliti sosial rakyat serta memperkukuh ekonomi Johor demi masa depan generasi akan datang.

https://www.mynewshub.tv/wp-content/uploads/2026/04/onnhafiz_video_1775261595969.mp4
Tags: Bah JohorBangsa JohorDatuk Onn Hafiz Ghazi
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

Onn Hafiz Harap Sikap Saling Membantu, Menghormati Terus Jadi Budaya Bangsa Johor

26/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berharap sikap saling membantu dan menghormati terus menjadi budaya dalam...

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

Johor Perkukuh Infrastruktur Air, Percepat Pemuktamadan Pelan Induk JS-SEZ

14/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan perhatian kepada perkara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd