• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
21/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Semoga Allah Melindungi Agong, Institusi Raja Daripada Fitnah Dan Niat Jahat – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab pihak mewujudkan akaun TikTok palsu menggunakan nama dan imej Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan kandungan yang bersifat biadab dan menghina institusi Diraja.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perbuatan memanipulasi wajah Seri Paduka Baginda menggunakan teknologi AI, memuat naik tuduhan palsu serta menggambarkan imej yang menjatuhkan maruah baginda adalah satu penghinaan yang amat serius.

“Ia bukan sahaja mencemar nama baik Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Negara dan Raja Melayu beragama Islam, malah menyentuh sensitiviti umat Islam serta menggugat adab dan tata susila rakyat Malaysia terhadap institusi Raja-Raja Melayu.

“Kerajaan Negeri Johor tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang menghina Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menyebarkan fitnah, kebencian dan penghinaan terhadap institusi diraja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan segera, tegas dan sekeras-kerasnya terhadap individu atau pihak terlibat termasuk dalang di sebalik akaun palsu tersebut.

Katanya, beliau menyeru seluruh rakyat khususnya di Johor agar tidak menyebarkan kandungan palsu tersebut dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemui sebarang hantaran yang bersifat menghina institusi Diraja.

“Semoga Allah SWT sentiasa melindungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta memelihara institusi diraja daripada segala fitnah dan niat jahat,” katanya.

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

 

Tags: akaun palsuDatuk Onn Hafiz GhazifitnahInstitusi Rajamenteri besarNiat JahatSultan IbrahimTikTokYang di-Pertuan Agong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

Sultan Ibrahim Kurnia SMIJ Kepada Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor, DK I Kepada Raja Muda Johor

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri...

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

Shahrol Shiro Sindir PMX: “Budak Ini Siang Malam Kerja Untuk Johor”

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - “Budak yang PMX sebut ini, kita orang kat Johor dah kenal sangat dah. Budak itulah yang selalu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd