• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat Negara Arab Bincang Perkembangan Di Gaza

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mesyuarat Negara Arab Bincang Perkembangan Di Gaza
Share on FacebookShare on Twitter

RIYADH : Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud mempengerusikan mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab di sini pada Sabtu yang membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Mesyuarat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Jordan yang juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Ekspatriat, Ayman Al-Safadi; Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry; Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Hussein Al-Sheikh; Penasihat Diplomatik kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar bin Mohammed Gargash dan Menteri Luar Qatar, Dr. Mohammed bin Abdulaziz Al-Khulaifi.

Agensi berita Saudi (SPA) melaporkan menteri berkenaan menekankan keperluan menamatkan serangan ke atas Semenanjung Gaza dan mencapai satu gencatan senjata menyeluruh dengan segera serta memastikan perlindungan kepada orang awam menurut undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Mereka juga menggesa supaya segala sekatan yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan ke semenanjung itu ditarik balik.

Tambahan pula mereka menzahirkan sokongan mereka ke atas segala usaha yang menyasarkan untuk mengiktiraf negara Palestin yang merdeka di peringkat antarabangsa, selain mencapai aspirasi rakyat Palestin.

Mereka juga menekankan kepentingan langkah yang tidak boleh ditarik balik ke arah melaksanakan penyelesaian dua negara dan mengiktiraf negara Palestin dengan sempadan pada 4 Jun 1967 serta ibu negaranya Baitulmuqaddis Timur, menurut resolusi antarabangsa yang berkenaan.

Menteri-menteri berkenaan juga menekankan Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada wilayah Palestin yang diduduki dan dengan tegas menolak sebarang percubaan untuk mengusir warga Palestin daripada tanah mereka atau sebarang operasi ketenteraan dalam Bandar Rafah, Palestin.

Mereka juga memberi amaran terhadap tindakan berterusan menyalahi undang-undang oleh Israel di wilayah diduduki di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur yang menggugat usaha penyelesaian dua negara.

Tindakan berkenaan termasuk meluaskan penempatan, merampas tanah, operasi ketenteraan terhadap warga Palestin, serangan peneroka dan mengehadkan kebebasan orang Islam dan Kristian untuk beribadat, kata mereka.

-Berita Harian

Tags: GazaMesyuaratNegara Arab
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional

PMX Anwar Pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani akan terus memperkukuh integriti perkhidmatan awam serta menutup ruang ketirisan wang awam dan salah guna...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd