• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Keganasan Moscow: Semua Rakyat Malaysia Selamat

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rafizi Nafi Dakwaan Harga Petrol, Diesel Naik Sebelum Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, Rusia mengesahkan bahawa semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di sana selamat susulan serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, pada Jumaat.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan berkata, rakyat dan pelajar Malaysia di Moscow dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini, mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi.

“Malaysia akan terus menekankan keperluan untuk usaha yang bersepadu di peringkat antarabangsa bagi menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan.” katanya pada Sabtu.

Pada Jumaat, berlaku serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Moscow sehingga menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 60 orang dan mencederakan lebih daripada 145 orang lain.

Tambah kenyataan itu, Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Persekutuan Rusia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini.

SinarHarian-

Tags: Moscowrakyat Malaysiaserangan keganasan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd