• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Permaisuri Zahir Sukacita, Bangga Roti Canai Dinobat Roti Terbaik Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan bangga kerana roti canai yang menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh TasteAtlas, baru-baru ini.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara, hari ini, Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada rakyat Malaysia atas kejayaan itu yang menyaksikan roti canai mengalahkan India yang popular dengan roti naan dan Eropah yang terkenal sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia.

“Roti canai juga pilihan makanan yang digemari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah),” menurut hantaran itu.

TasteAtlas, sebuah laman antarabangsa yang menjadi panduan pelancongan dalam talian, menerusi hantaran di Instagram pada Ahad lalu mengumumkan roti canai mengungguli senarai 50 roti terbaik di dunia selepas mendapat skor tertinggi 4.9 daripada 5.0 berdasarkan ulasan pengguna.

Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada TasteAtlas apabila pada Julai lalu ia dipilih sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia.

Pada September tahun lalu pula, roti canai dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa terbabit.

Bernama-

Tags: Raja Permaisuri Agongroti canaisukacita
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

Fadhlina Menghadap Raja Permaisuri Agong, Baginda Zahir Keprihatinan Mendalam Terhadap Kesihatan, Pendidikan Anak-Anak

18/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap kesihatan dan pendidikan anak-anak susulan situasi jerebu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd