• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zulinda Ramly Dilantik Wanita Pertama Laksamana Pertama Maritim

oleh Mohd Arshad
23/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Zulinda Ramly Dilantik Wanita Pertama Laksamana Pertama Maritim
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kepten Maritim Zulinda Ramly hari ini dilantik sebagai wanita pertama sebagai Laksamana Pertama Maritim dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut satu kenyataan, Zulinda, 46, merupakan antara sembilan pegawai dinaikkan pangkat dalam satu majlis pemakaian pangkat yang disempurnakan Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) selaku pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim.

Selain memegang banyak portfolio yang melibatkan operasi, antara kejayaan yang dicapai beliau adalah mengetuai pelbagai operasi khas melibatkan jenayah rentas sempadan serta mengkoordinasikan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) untuk negeri-negeri di utara semenanjung tanah air.

“Beliau juga bertindak sebagai Ketua Gugus Tugas Operasi Benteng (KGT 24.1) dalam menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) semasa pandemik Covid-19.

“Ibu kepada empat cahaya mata ini merupakan bekas Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebelum ditukar lantik ke dalam Maritim Malaysia pada 15 Oktober 2008 dan memiliki Diploma Pengurusan Teknologi (Pengangkutan Pertahanan Maritim) dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1998,” katanya.

Selain Zulinda, Pengarah Maritim Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Muda Maritim Datuk Mohd. Rosli Abdullah menerima kenaikan pangkat daripada Laksamana Pertama Maritim kepada Laksamana Muda Maritim dan ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya.

Di samping itu, jelas kenyataan berkenaan, Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Pertama Maritim Syed Islam Shahajam juga dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritim kepada Laksamana Pertama Maritim serta Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim R. Vincent dinaikkan pangkat daripada Kepten Maritim kepada Laksamana Pertama Maritim.

Senarai berikutnya, Laksamana Pertama Maritim Hamizan Harun daripada Kepten Maritim akan ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Ibu Pejabat serta Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Laksamana Pertama Maritim Abd Razak Mohamed daripada Kepten Maritim bakal ditempatkan menerajui Maritim Negeri Sabah dan Labuan sebagai Pengarah Maritim Negeri.

“Manakala tiga lagi merupakan pegawai Penerbang Maritim yang dinaikkan pangkat daripada Leftenan Komander Maritim kepada Komander Maritim,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Laksamana Pertama MaritimWanitaZulinda Ramly
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd