• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP akan menampilkan lebih ramai calon wanita dalam PRN Johor ke-16.

Jelas beliau, 10 kerusi DUN tersebut merupakan kerusi yang dimenangi sebelum ini, empat di kawasan yang tewas pada pilihan raya lalu dan empat lagi adalah kerusi tambahan.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi PH berkata, Chu Poh Yee merupakan calon pertama DAP diumumkan bagi kerusi DUN Mengkibol.

“Sabtu ini empat lagi calon akan diumumkan melibatkan kerusi DUN Johor Jaya, Tiram, Senai dan Bukit Permai.

“Selebihnya akan diumumkan pada Isnin ini dalam satu program pengumuman Pakatan Harapan (PH) yang akan dihadiri Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau menghadiri selepas Majlis Pengumuman Calon DUN Mengkibol di Jalan Ismail di sini malam ini.

“Kita juga ketengahkan lebih ramai calon wanita, selari dengan hasrat parti untuk beri lebih banyak peluang kepada calon wanita,” katanya. – MYNEWSHUB

 

 

Tags: 17 Kerusi DUNAnthony Loke Siew FookCalonDAPPRN JohorSetiausaha Agung DAPWanita
Share204Tweet128SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd