• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu dengan anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) tular di media sosial.

Rakaman video berkenaan turut mencetuskan kecaman pengguna media sosial susulan lelaki terbabit dilihat menyiram air ke arah anggota penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas.

Berdasarkan hantaran yang tersebar, kejadian itu didakwa berlaku ketika pihak PBT mengambil tindakan berhubung binaan dan halangan di lorong belakang sebuah rumah di kawasan perumahan.

Dalam rakaman video berdurasi kira-kira 4 minit tersebut, lelaki berkenaan didengar mendakwa tidak menerima notis berhubung perkara tersebut, namun salah seorang penguat kuasa menegaskan notis telah diberi.

BERSATU mempertaruhkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Bagaimanapun, identiti sebenar lelaki dalam rakaman, tarikh kejadian serta dakwaan berhubung tindakan menyiram air dan pelanggaran arahan PBT belum dapat disahkan secara bebas. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video: Akaun Media Sosial Melaka Kini

Tags: 'YB Beliau'Didakwalelakimirippenguat kuasaSiram AirTularvideo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

16/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu termasuk seorang figura awam berhubung kes disyaki khalwat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd