• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tular Dakwaan Pemimpin Politik Ditangkap Khalwat, JAIS Sahkan Penahanan Figura Awam Di Petaling
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu termasuk seorang figura awam berhubung kes disyaki khalwat di sekitar daerah Petaling, semalam.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tangkapan berkenaan dilakukan kira-kira pukul 6 petang Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial pada Khamis dakwaan seorang pemimpin kanan sebuah parti politik ditangkap khalwat bersama seorang wanita oleh pihak JAIS.

Bagaimanapun, kenyataan rasmi JAIS tidak mendedahkan identiti kedua-dua individu terbabit mahupun mengesahkan dakwaan bahawa figura awam berkenaan merupakan pemimpin parti politik. – MYNEWSHUB

Tags: dakwaanDitangkap KhalwatFigura AwamJAISpemimpin politikpenahananpetalingSahkanTular
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS Sahkan Aliff Daniel, Ibu Telah Ditangkap

JAIS Sahkan Aliff Daniel, Ibu Telah Ditangkap

13/10/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan individu dikenali sebagai Aliff Daniel bersama ibunya ditangkap di Kuala Lumpur...

GARAH Pandang Serius Penahanan Tamim Dahri, Talha – Sediakan Bantuan Guaman

GARAH Pandang Serius Penahanan Tamim Dahri, Talha – Sediakan Bantuan Guaman

12/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) memandang serius penahanan Tamim Dahri dan abangnya, Talha yang dikaitkan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd