• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Pun Ada MCA, PAS Ada Gerakan, Kenapa DAP Dilihat Beban? – Aminuddin

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
UMNO Pun Ada MCA, PAS Ada Gerakan, Kenapa DAP Dilihat Beban? – Aminuddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mempersoalkan mengapa DAP harus dianggap beban kepada Pakatan Harapan (PH) sedangkan UMNO mempunyai MCA dan PAS pula bekerjasama dengan Gerakan.

Menurut beliau, kewujudan parti pelbagai kaum dalam sesebuah gabungan politik tidak sepatutnya dianggap sebagai liabiliti dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Begitu juga dengan UMNO. UMNO pun ada MCA. PAS ada Gerakan sekarang. Tetapi, kenapa mereka tidak dilihat sebagai satu beban kepada mereka?” katanya ketika menjawab pertanyaan penyanyi rap, Caprice dalam satu rakaman podcast sama ada DAP merupakan aset atau liabiliti kepada PH.

Aminuddin berkata, DAP lazimnya bertanding di kawasan campuran yang mempunyai majoriti pengundi Cina atau komposisi pengundi Cina dan India yang lebih besar.

Katanya, kemenangan DAP di kawasan berkenaan menunjukkan keyakinan masyarakat Cina, India serta sebahagian pengundi Melayu terhadap kemampuan parti itu melaksanakan tanggungjawab.

Menurut beliau, calon Melayu PH pula sering diserang dengan dakwaan bahawa mereka terlalu rapat dengan DAP.

Beliau berkata, ramai calon PKR dan Amanah bertanding di kawasan Melayu, namun tidak memperoleh kemenangan yang diharapkan.

Bagaimanapun, Aminuddin mengingatkan PH pernah menghadapi kesukaran memenangi pilihan raya sebelum 2018 termasuk pilihan raya kecil.

Terdahulu, beliau mengakui PH berdepan penolakan pengundi Melayu, khususnya terhadap calon Melayu gabungan berkenaan.

“Saya setuju penolakan kepada Pakatan Harapan, terutama calon-calon Melayu. Ini kita nampak secara jujur, kita terima hakikat ini,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Video Podcast: Akaun Media Sosial Caprice Daddycap

Tags: AminuddinKenapa DAP Dilihat BebanPAS Ada GerakanUMNO Pun Ada MCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Lihat Prestasi Baik PH, Bakal Rampas Parlimen Tampin Dalam PRU-16 – Aminuddin

Rakyat Lihat Prestasi Baik PH, Bakal Rampas Parlimen Tampin Dalam PRU-16 – Aminuddin

11/10/2026
0

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bertekad merampas semula kerusi Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), selain...

Bekas MB Negeri Sembilan Aminuddin Hadir Upacara Pecah Tanah Pintu Gerbang Kampung Baru Tanah Merah Site A

Bekas MB Negeri Sembilan Aminuddin Hadir Upacara Pecah Tanah Pintu Gerbang Kampung Baru Tanah Merah Site A

03/10/2026
0

PORT DICKSON - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun menghadiri Upacara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.