• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Berdosa Pilih Kerajaan Yang Lebih Baik Melalui Pilihan Raya, Kritik Pemerintah Bukan Khawarij – Nik Bahrum

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tidak Berdosa Pilih Kerajaan Yang Lebih Baik Melalui Pilihan Raya, Kritik Pemerintah Bukan Khawarij – Nik Bahrum
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Nik Bahrum Nik Abdullah tidak bersetuju terhadap pandangan bahawa usaha menjatuhkan kerajaan yang dianggap oleh penyokong mereka sebagai kerajaan yang adil adalah haram.

Menurut pemimpin PAS tersebut, larangan pemberontakan yang membawa pertumpahan darah dan kekacauan mempunyai asas dalam fiqh siyasah, tetapi tidak boleh disamakan dengan pertukaran kerajaan melalui pilihan raya.

Katanya, Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang memberikan rakyat hak menentukan kerajaan melalui proses sah.

“Adakah rakyat tetap berdosa jika memilih kerajaan lain melalui pilihan raya? Apakah dalil khusus yang mengharamkan pilihan tersebut?

“Rakyat mungkin berpendapat kerajaan lain mempunyai dasar yang lebih baik, kepimpinan yang lebih berkemampuan atau pendekatan pembangunan yang lebih sesuai dengan keperluan semasa.

“Adakah memilih alternatif tersebut menjadi haram hanya kerana kerajaan sebelumnya dianggap adil?,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Nik Bahrum berkata, kewajipan mentaati pemerintah dalam perkara makruf tidak bermaksud rakyat wajib mengekalkan pemerintah tersebut selama-lamanya.

Beliau turut menolak tindakan menyamakan pembangkang, kritikan terhadap pemerintah atau usaha mendapatkan mandat rakyat dengan golongan Khawarij.

“Menjadi pembangkang bukan Khawarij. Mengkritik pemerintah bukan Khawarij. Berusaha mendapatkan mandat rakyat untuk membentuk kerajaan juga bukan dengan sendirinya Khawarij,” katanya.

Beliau turut membangkitkan persoalan siapa yang berhak menentukan sesebuah kerajaan itu adil, sambil menegaskan dakwaan tersebut tidak boleh dijadikan alasan menafikan hak rakyat memilih kepimpinan lain.

“Dalam pelaksanaan pemerintahan, rakyat boleh mempunyai penilaian berbeza terhadap dasar, keputusan dan kemampuan sesebuah kerajaan,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Nik Bahrum Nik Abdullah

Tags: Bukan KhawarijKritik Pemerintahlebih baikNik BahrumPilih KerajaanPilihan RayaTidak Berdosa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

BN/PN Meterai Perjanjian Persefahaman, Bakal Lancar Manifesto Pilihan Raya Bersama

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini sebulat suara bersetuju mengabsahkan kerjasama dan persefahaman politik dengan...

Lebih Baik Kerajaan Yang Menanggung Beban Daripada Membiarkan Rakyat Menderita – PMX Anwar

Lebih Baik Kerajaan Yang Menanggung Beban Daripada Membiarkan Rakyat Menderita – PMX Anwar

24/10/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa lebih baik kerajaan menanggung beban subsidi minyak yang semakin meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd