• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rayer, Lingeshwaran Buat Laporan Polis Terhadap Semua Individu Dakwa Peguam Negara Derhaka

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Rayer, Lingeshwaran Buat Laporan Polis Terhadap Semua Individu Dakwa Peguam Negara Derhaka
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan Senator Dr Lingeshwaran membuat laporan polis terhadap semua individu yang mendakwa Peguam Negara menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menerusi laporan polis bertarikh 11 November 2026 yang dikongsikan oleh Rayer dan Lingeshwaran di laman media sosial hari ini, mereka menamakan Timbalan Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin antara individu yang perlu disiasat.

“Saya membuat laporan polis ini terhadap semua individu yang telah membuat laporan polis terhadap Peguam Negara dan mendakwa bahawa Peguam Negara perlu dipecat atau meletak jawatan atau berehat seketika,” kata mereka.

Dalam laporan polis itu, kedua-dua mereka mendakwa Peguam Negara hanya memohon masa untuk mendapatkan perintah yang lebih jelas daripada Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur kelmarin supaya tiada kekeliruan dalam perintah yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas RM50 juta dibayar oleh peguam Najib.

Dakwa mereka, perintah tahanan rumah baru yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur menunjukkan bahawa Peguam Negara tidak menderhaka atau mengingkari perintah pengampunan yang telah diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke atas Najib.

Rayer dan Lingeshwaran dalam laporan itu memohon polis dan Jabatan Peguam Negara (AGC) membuka kertas siasatan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Multimedia dan Komunikasi. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial RSN Rayer/Lingesh RA

Tags: BuatDakwa Peguam NegaraDerhakaLaporan Polis TerhadapLingeshwaranRayerSemua Individu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

Senator Lingeshwaran Mohon Cuti Tanpa Rekod Sempena Deepavali Untuk Penjawat Awam Beragama Hindu

30/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr. RA Lingeshwaran memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan pelaksanaan kemudahan...

Guru KAFA Mengeluh Elaun Rendah, Boleh Buat Kerja Lain Tambah Pendapatan – Fauwaz Fadzil

Guru KAFA Mengeluh Elaun Rendah, Boleh Buat Kerja Lain Tambah Pendapatan – Fauwaz Fadzil

28/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd