• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendirian MB Ismail Lasim Selari Dengan Prinsip PH Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pendirian MB Ismail Lasim Selari Dengan Prinsip PH Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PHNS) menegaskan pendirian terkini Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah selari dengan prinsip yang diperjuangkannya sejak awal.

Majlis Pimpinan Negeri PHNS dalam kenyataan media mendakwa, prinsip berkenaan telah ditegaskan sejak tercetusnya krisis politik dan adat di negeri itu.

“Bagi PHNS, kesetiaan kepada Raja Pemerintah, penghormatan terhadap institusi adat dan kepatuhan kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan bukanlah pendirian yang berubah mengikut kepentingan politik.

“Prinsip ini telah kami pertahankan sejak awal, ketika pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap PHNS,” dakwa kenyataan itu.

Semalam, Ismail menegaskan bahawa beliau akan memastikan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan kerajaan negeri tidak akan menyokong atau memudahkan apa-apa usaha untuk mempertikaikan kedudukan baginda.

Tambahnya, ia termasuklah tidak akan mengiktiraf mana-mana orang lain atau untuk menghidupkan semula proklamasi 19 April 2026 atau apa-apa dokumen yang berkaitan.

Menurut PHNS, kenyataan Menteri Besar itu sewajarnya membuka ruang kepada rakyat untuk menilai semula tuduhan terhadap gabungan itu, khususnya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri lalu.

Dalam pada itu, PHNS berpandangan rakyat berhak mendapat penjelasan mengenai tindakan dan pendirian Menteri Besar sepanjang kemelut sebelum ini, termasuk persoalan berkaitan Proklamasi yang pernah menjadi pertikaian.

“Penjelasan yang telus penting agar tidak wujud lagi percanggahan antara kenyataan, tindakan dan tanggungjawab seorang ketua kerajaan,” menurut kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Tags: Ismail LasimmbPendirianPH Negeri SembilanprinsipSelari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

24 ADUN BN/PN Negeri Sembilan Sepakat Akur Keputusan Pucuk Pimpinan Parti, Ismail Lasim Tidak Hadir Perjumpaan

24 ADUN BN/PN Negeri Sembilan Sepakat Akur Keputusan Pucuk Pimpinan Parti, Ismail Lasim Tidak Hadir Perjumpaan

21/11/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim tidak menghadiri perjumpaan khas melibatkan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)...

Tuanku Muhriz Titah Ismail Lasim Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

Tuanku Muhriz Titah Ismail Lasim Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

20/11/2026
0

SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.