• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24 ADUN BN/PN Negeri Sembilan Sepakat Akur Keputusan Pucuk Pimpinan Parti, Ismail Lasim Tidak Hadir Perjumpaan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
24 ADUN BN/PN Negeri Sembilan Sepakat Akur Keputusan Pucuk Pimpinan Parti, Ismail Lasim Tidak Hadir Perjumpaan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim tidak menghadiri perjumpaan khas melibatkan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang diadakan di Wisma UMNO Negeri Sembilan, malam tadi.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perjumpaan itu melibatkan 22 daripada keseluruhan 25 ADUN BN dan PN negeri berkenaan.

Menurut beliau, selain Ismail, dua lagi ADUN tidak dapat menghadiri perjumpaan tersebut kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun, kedua-dua ADUN terbabit telah menyatakan sokongan penuh terhadap apa jua keputusan yang dicapai dalam mesyuarat berkenaan.

Mohamad berkata, kesemua ADUN yang menghadiri perjumpaan khas itu mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh terhadap sebarang arahan pucuk pimpinan serta ketetapan parti masing-masing.

“Dalam perjumpaan khas ini, kesemua ADUN telah mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh atas apa jua arahan pucuk pimpinan dan ketetapan parti termasuk ADUN-ADUN daripada Parti Perikatan Nasional.

“Ini bagi memastikan segala kemelut politik yang sedang melanda dapat diselesaikan segera demi kestabilan dan kemakmuran rakyat Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan media bertarikh 20 November 2026.

Perjumpaan khas itu diadakan ketika Negeri Sembilan berdepan kemelut politik berkaitan kepimpinan kerajaan negeri. – MYNEWSHUB

Tags: 24 ADUNBN-PNIsmail LasimkeputusanNegeri SembilanPerjumpaanPucuk Pimpinan PartiSepakat AkurTidak Hadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendirian MB Ismail Lasim Selari Dengan Prinsip PH Negeri Sembilan

Pendirian MB Ismail Lasim Selari Dengan Prinsip PH Negeri Sembilan

21/11/2026
0

SEREMBAN - Pakatan Harapan Negeri Sembilan (PHNS) menegaskan pendirian terkini Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar...

Tuanku Muhriz Titah Ismail Lasim Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

Tuanku Muhriz Titah Ismail Lasim Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

20/11/2026
0

SEREMBAN - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.