• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuanku Muhriz Titah Ismail Lasim Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tuanku Muhriz Titah Ismail Lasim Kekal Menteri Besar Negeri Sembilan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Ismail, 67, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh memaklumkan perkara itu pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar selepas selesai menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, di sini, pagi tadi.

Memetik laporan media, sesi menghadap Tuanku Muhriz yang bermula pada pukul 10.30 pagi itu selesai pada pukul 11.35 pagi.

Titah berkenaan sekali gus menjawab persoalan mengenai kedudukan Ismail susulan pengumuman Barisan Nasional (BN) sebelum ini bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Pada 16 November lalu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Ismail telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Tuanku Muhriz.

Menurut Zambry, Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menerima salinan surat berkenaan.

BN ketika itu menyatakan pihaknya menghormati keputusan Ismail dan mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau sepanjang menerajui pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, pada 17 November, Ahmad Zahid menafikan UMNO mengarahkan Ismail meletakkan jawatan, sebaliknya menjelaskan keputusan tersebut dibuat atas kehendak Ismail sendiri.

Ahmad Zahid turut mengesahkan satu nama calon Menteri Besar baharu telah dikemukakan kepada istana untuk pertimbangan Tuanku Muhriz.

Dalam perkembangan sama, Istana Negeri Sembilan menjelaskan peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan. – MYNEWSHUB

Tags: Ismail LasimKekal Menteri BesarNegeri SembilanTitahTuanku Muhriz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.