• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar Council) dan pemimpin Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mendapatkan penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Menurutnya, Anwar sendiri mengakui dalam sidang Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024 bahawa beliau membawa permohonan pengampunan Najib untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan.

“Jika ada kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council dan rakan-rakan mereka dalam PH sepatutnya mendapat penjelasan daripada YAB Perdana Menteri.

“Dalam sesi Dewan Rakyat pada 10 Disember 2024, PMX sendiri menyatakan, ‘Saya yang bawa kes pengampunan itu untuk dimasukkan dalam agenda,’” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Dalam pada itu, Onn Hafiz menyifatkan kenyataan Tony Pua dan beberapa pemimpin DAP berhubung Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sebagai cubaan mengheret institusi diraja ke dalam pertikaian politik.

Beliau berkata, perkara itu bukan kali pertama berlaku, sambil mengingatkan Tony Pua pernah disiasat polis susulan kenyataannya berhubung titah Sultan Selangor.

“Kini, sekali lagi Istana mahu diheret ke dalam pertikaian politik. Kebiadaban dan penderhakaan kepada Raja tidak boleh dinormalisasikan. Kebiadaban dan penderhakaan kepada Raja tidak boleh dinormalisasikan,” tegasnya.

Katanya, setiap banduan berhak memohon pengampunan, manakala kuasa pengampunan merupakan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menjelaskan proses Lembaga Pengampunan melibatkan wakil Kerajaan Persekutuan dan Peguam Negara.

Onn Hafiz berkata, Yang di-Pertuan Agong sendiri telah menitahkan bahawa perintah pengampunan bersyarat berkenaan adalah jelas dan perlu dihormati.

Menurutnya, baginda turut menegaskan tindakan mempertikaikan perintah tersebut adalah seperti mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

“Jadi, mengapa Tony Pua masih mahu rakyat mengajukan persoalan kepada Istana? Kalau ada persoalan mengenai pelaksanaannya, tanyalah pihak yang bertanggungjawab. Jangan pula Istana dijadikan sasaran pertikaian politik,” katanya.

Beliau mengakhiri kenyataan dengan mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu ghairah berpolitik sehingga melupakan prinsip kedua Rukun Negara, Kesetiaan kepada Raja dan Negara. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Onn Hafiz Ghazi

Tags: Bar CouncilJika Ada KekeliruanMat SabuOnn HafizPatut Tanya PMXTony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

Mat Sabu Ingatkan Calon PH Merlimau Jangan Curi Wang Rakyat, Curi Pasir Selepas Menang

10/11/2026
0

MELAKA - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)...

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

Jangan Ambil Kesempatan Kaitkan JCorp Dengan Kebakaran Hutan Indonesia

29/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan dakwaan yang mengaitkan Johor Corporation (JCorp) dengan kejadian kebakaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd