MELAKA – Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mengingatkan calon PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau supaya tidak mencuri wang rakyat selepas menjadi Yang Berhormat (YB)
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, pesanan kepada calon PH DUN Merlimau tersebut bagi mengingatkan tentang besarnya amanah apabila diberi tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
“Ayu, kalau nanti jadi YB dan tak cukup peruntukan, minta dalam Sidang DUN. Bukan curi duit rakyat! Bang Mat dengar Ayu curi pasir, siap Bang Mat turun cari Ayu!”
“Jawatan bukan untuk mencari kekayaan, tetapi untuk menjaga kepercayaan rakyat. Jangan sesekali mengkhianati amanah yang diberikan, kerana setiap sen wang rakyat mesti dijaga dengan penuh kejujuran,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Kerusi DUN Merlimau ditandingi oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dan calon PH, Rahayu Hamzah yang juga Ketua Wanita parti Amanah Melaka. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu


