• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan RM200 Untuk Warga Emas, Pesakit Kanser, Dialisis Dan Pekebun Kecil B40

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Bantuan RM200 Untuk Warga Emas, Pesakit Kanser, Dialisis Dan Pekebun Kecil B40
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor mengumumkan tiga kategori baharu Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 7 dengan peruntukan keseluruhan RM90.2 juta bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat negeri itu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan yang akan dilaksanakan bermula Jun 2027 itu melibatkan pemberian RM200 seorang kepada penerima dalam tiga kategori berkenaan.

Katanya, BKJ Warga Emas bakal memanfaatkan lebih 400,000 penerima dengan peruntukan RM83 juta, manakala BKJ Pesakit Kanser dan Dialisis memanfaatkan lebih 14,000 penerima dengan peruntukan RM2.9 juta.

BKJ Pekebun Kecil B40 pula bakal memanfaatkan lebih 21,000 penerima dengan peruntukan RM4.3 juta.

“Pada masa sama, Kerajaan Negeri turut menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM6 juta bagi pelaksanaan Jualan Kasih Johor pada Disember ini, yang bakal memanfaatkan 173,000 Bangsa Johor,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi ucapan penggulungan Belanjawan Johor 2027 dalam Persidangan Dewan Negeri Johor.

Onn Hafiz berkata, keputusan tersebut mengambil kira pandangan dan cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), maklum balas rakyat serta kemampuan kewangan negeri.

Beliau turut menjawab pelbagai isu berkaitan hala tuju ekonomi, peluang pekerjaan bergaji premium, pembangunan pusat data, bekalan air dan tenaga, lambakan warga asing serta projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di Johor.

Onn Hafiz turut membangkitkan isu penyelenggaraan kemudahan awam, kebersihan, keselamatan rakyat dan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Saya mahu semua pihak lebih peka dengan keadaan di lapangan dan tidak hanya menunggu sehingga aduan dibangkitkan oleh rakyat untuk mengambil tindakan,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: bantuandialisisJohorPekebun Kecil B40Pesakit KanserRM200warga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Kedua Tertinggi Di Malaysia Pemegang Sijil Halal Aktif

Johor Kedua Tertinggi Di Malaysia Pemegang Sijil Halal Aktif

27/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor kini berada di kedudukan kedua di Malaysia selepas Selangor dengan 1,743 pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia...

Johor Kekal Nombor Satu, Catat RM99.7 Bilion Pelaburan Dalam 9 Bulan

Johor Kekal Nombor Satu, Catat RM99.7 Bilion Pelaburan Dalam 9 Bulan

18/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Johor sekali lagi mendahului negeri-negeri lain di Malaysia dari segi jumlah pelaburan diluluskan apabila mencatatkan RM99.7 bilion...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.