• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Kedua Tertinggi Di Malaysia Pemegang Sijil Halal Aktif

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Johor Kedua Tertinggi Di Malaysia Pemegang Sijil Halal Aktif
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Johor kini berada di kedudukan kedua di Malaysia selepas Selangor dengan 1,743 pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) aktif dan 4,321 sijil halal aktif.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sebanyak 1,298 permohonan baharu SPHM diluluskan sejak pelaksanaan Pelan Kemajuan Halal Negeri Johor (PKHNJ) 2030 sehingga 11 November 2026.

Menurut beliau, sebanyak 93 peratus permohonan turut berjaya diluluskan dalam tempoh 30 hari bekerja.

“Perkembangan ini turut memperlihatkan peningkatan ketara kelulusan pensijilan halal baharu, daripada 133 pada tahun 2024 kepada 561 pada tahun 2025 dan 737 pada tahun 2026 setakat 11 November,” katanya.

Mohd Fared berkata, kerajaan negeri memberi tumpuan kepada lima pendekatan utama dalam memperkukuh ekosistem halal negeri meliputi usaha memperluas kesedaran dan bimbingan pensijilan halal kepada peniaga kecil, membuka peluang pasaran antarabangsa serta melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang halal.

Katanya, kerajaan negeri turut memperkasa usahawan tempatan untuk menjadi pemain industri halal yang berdaya saing serta menyediakan geran dan bantuan bagi meringankan kos pensijilan halal.

“Kita mahu industri halal bukan sekadar berkembang dari sudut pensijilan, tetapi turut membuka peluang pekerjaan, menarik pelaburan, memperluas pasaran usahawan tempatan serta memberi jaminan kepada pengguna terhadap produk yang bersih, selamat dan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memperkukuh agenda pembangunan industri halal Johor selaras dengan sasaran PKHNJ 2030. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Mohd Fared Mohd Khalid

Tags: JohorKedua TertinggiMalaysiaPemegang Sijil Halal Aktif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Ada Sistem Pemerintahan Sendiri, Bukan Sistem Republik – Fairuz Jamaluddin

Malaysia Ada Sistem Pemerintahan Sendiri, Bukan Sistem Republik – Fairuz Jamaluddin

26/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia mempunyai sistem pemerintahan, sejarah, adat dan budaya tersendiri dengan mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan, bukannya sistem republik....

Malaysia, Perancis Bincang Perolehan Helikopter, Jet Pejuang Rafale Dan Kapal Selam

Malaysia, Perancis Bincang Perolehan Helikopter, Jet Pejuang Rafale Dan Kapal Selam

18/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Perancis membincangkan beberapa cadangan kerjasama pertahanan termasuk perolehan helikopter Combat Search and Rescue (CSAR), sistem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.