• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Kurang Senang Najib Kembali Popular, Ulang Siar Video 1MDB Kempen PRU-14 Untuk Ingatkan Rakyat

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Tony Pua Kurang Senang Najib Kembali Popular, Ulang Siar Video 1MDB Kempen PRU-14 Untuk Ingatkan Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua kurang senang dengan perhatian dan populariti yang kembali diterima Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika ini sehingga mengambil keputusan menyiarkan semula siri video berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

Tony Pua berkata, memandangkan Najib kini kembali menjadi perhatian, beliau merasakan sudah tiba masanya video 1MDB Chronicles yang dihasilkannya untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018 disiarkan semula.

“Since Najib is very hot at the moment, I thought I would re-post the 1MDB Chronicles videos I produced for the 2018 Election Campaign. Yes, that’s 8 years ago now,” katanya menerusi beberapa hantaran berasingan di media sosial.

Dalam hantaran berbahasa Melayu, Pua lebih jelas menyatakan pendiriannya apabila berkata:

“Memandangkan Najib Razak kembali popular, dan memandangkan ramai yang mungkin telah melupakan jenayah yang telah dilakukannya terhadap negara, saya fikir saya harus berkongsi semula video yang saya terbitkan semasa PRU 2018″

Tuny Pua turut mengejek Najib sebagai “hero” yang dipuja penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) selain mengaitkan parti berkenaan dengan rasuah dan kleptokrasi.

“Hahaha… nampaknya siaran semula episod 1MDB Chronicles saya: Derma RM2.6 bilion buat ratusan cybertrooper UMNO bagai cacing kepanasan. Kebenaran itu memang pahit.

‘Terima kasih kerana membanjiri ruang komen untuk membuktikan kecintaan UMNO terhadap Najib, rasuah dan kleptokrasi. Ia hanya membuktikan bahawa UMNO tidak berubah, dan akan terus merompak negara apabila berpeluang,” dakwanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tony Pua

Tags: Ingatkan RakyatKempen PRU-14Kurang SenangNajib Kembali PopularTony PuaUlang SiarVideo 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

Guan Eng, Tony Pua Dakwa Tiada Keperluan Bina Stesen Bersaiz MRT bagi Projek LRT

02/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Rasionalisasi yang dilaksanakan terhadap projek LRT3 semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) antara tahun 2018 hingga 2020 mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd