KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Dalam hantaran di media sosial, Pua meminta pihak berkenaan berhenti merungut mengenai dakwaan kekurangan dana untuk membayar jumlah tersebut semata-mata bagi mendapatkan simpati orang ramai terhadap bekas Perdana Menteri.
“Berhenti merungut mengenai kononnya kekurangan dana untuk meraih simpati,” katanya.
Pua turut mempertikaikan dakwaan bahawa RM50 juta sukar dikumpulkan dan secara sinis menyatakan rakyat Malaysia gembira sekiranya Najib terus berada di Penjara Kajang.
“Jika anda benar-benar tidak dapat mengumpulkan RM50 juta — dan saya tidak percaya anda tidak mampu — rakyat Malaysia sangat, sangat gembira untuk anda terus berada di Kajang,” dakwanya. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Tony Pua


