• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
SPRM Belum Temui Unsur Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP Di eFishery – MOF
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menemukan sebarang unsur salah laku jenayah melibatkan rasuah atau penyelewengan berkaitan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat eFishery di Indonesia.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, berdasarkan laporan media bertarikh 13 Ogos 2026, SPRM mengesahkan perkara itu namun siasatan masih diteruskan.

Perkara tersebut dinyatakan dalam jawapan bertulis MOF kepada soalan Kalam Salan (PN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat, semalam.

Menurut MOF, jumlah sebenar pelaburan KWAP dalam eFishery ialah RM163.4 juta, bukannya kira-kira RM200 juta seperti dibangkitkan, dengan pegangan saham sebanyak 2.51 peratus.

KWAP merupakan pemegang saham minoriti, manakala sebahagian besar saham eFishery dimiliki pelabur lain termasuk institusi global utama.

MOF menjelaskan, pelaburan itu telah melalui proses penilaian dalaman, usaha wajar bebas serta penelitian aspek kewangan, perundangan dan operasi sebelum diluluskan.

Proses berkenaan turut mendapat pengesahan juruaudit antarabangsa bertauliah berdasarkan maklumat tersedia ketika itu.

Bagaimanapun, eFishery kemudiannya didapati terlibat dalam manipulasi kewangan yang disengajakan dan penyelewengan fakta dalam laporan kewangan syarikat sehingga menjejaskan beberapa pelabur institusi global utama.

Susulan pendedahan itu, KWAP melaksanakan semakan menyeluruh terhadap proses penilaian, kelulusan dan pemantauan pelaburan, dengan hasilnya dibentangkan kepada Lembaga KWAP untuk penelitian serta tindakan susulan.

KWAP turut bekerjasama dengan pihak berkuasa dan konsortium pelabur bagi mengambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab, selain meneruskan usaha memaksimumkan pemulihan nilai pelaburan.

MOF menegaskan KWAP akan terus memperkukuh tadbir urus, pengurusan risiko serta proses penilaian dan pemantauan pelaburan bagi melindungi kepentingan dana dan pesara. – MYNEWSHUB

Tags: Belum TemuieFisheryMOFPelaburan KWAPPenyelewenganSPRMUnsur Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaburan KWAP Dalam eFishery Ikut Prosedur, Pengesahan Juruaudit Bertauliah – MOF

Pelaburan KWAP Dalam eFishery Ikut Prosedur, Pengesahan Juruaudit Bertauliah – MOF

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat eFishery telah melalui proses penilaian...

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

RUU Akta MARA Baharu Kurangkan Kuasa Pengerusi, Tutup Ruang Rasuah Dan Penyelewengan – Asyraf Wajdi

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 80 peratus kandungan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) baharu memberi tumpuan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd