• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Semua Sekolah Di Johor Ditutup Dua Hari Susulan Jerebu
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Semua sekolah di seluruh
Johor akan ditutup selama dua hari pada 8 dan 9 Oktober 2026 susulan keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara yang melanda negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr. Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, keputusan itu dibuat menjunjung titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan dan kesihatan murid.

Menurutnya, kerajaan negeri memahami penutupan sekolah mungkin memberi kesan kepada ibu bapa dan penjaga yang masih perlu bekerja.

Sehubungan itu, beliau berharap majikan dapat memberikan fleksibiliti sewajarnya kepada ibu bapa yang terkesan, termasuk pengaturan kerja yang munasabah mengikut kesesuaian organisasi masing-masing.

Bagi sekolah yang terlibat dengan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) atau mana-mana pentaksiran, pelaksanaannya akan ditangguhkan dan dijadualkan semula tertakluk kepada ketetapan Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta pihak berkaitan.

Sepanjang tempoh penutupan berkenaan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan bagi memastikan proses pembelajaran murid dapat diteruskan.

Muhammad Naqib berkata, kerajaan negeri bersama agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), dengan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak Johor menjadi keutamaan.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau kesihatan anak-anak, mengurangkan aktiviti di luar rumah, memastikan mereka minum air secukupnya serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sakit tekak atau sesak nafas. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Kenyataan Media: Akaun Media Sosial Dr. Naqib Ghazali

Tags: Dua HariJerebuJohorSekolahSemuatutup
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

Tak Mungkin CCTV Dipasang Sampai Keseluruhan Sekolah, Tengok Angka 10,259 Buah Sekolah – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) tidak mungkin dapat meliputi keseluruhan...

Tahap Keselamatan Sekolah Di Titik Paling Rendah Dalam Sejarah Pendidikan Negara

Tahap Keselamatan Sekolah Di Titik Paling Rendah Dalam Sejarah Pendidikan Negara

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr Anuar Ahmad menyifatkan tahap keselamatan sekolah ketika ini sedang berada pada titik paling rendah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd