KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan seluruh negara sedang bergembira dengan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Malaysia.
Meskipun berada dalam keadaan hujan dan pakaiannya basah, Anwar tetap meluangkan masa melayani temu bual seorang wartawan asing di lokasi perlumbaan.
Ketika ditanya mengenai keadaan dirinya, Anwar menjawab beliau berada dalam keadaan baik sebelum menyifatkan acara berkenaan sebagai sesuatu yang hebat.
Apabila wartawan berkenaan berseloroh bahawa Anwar mungkin lebih biasa dengan keadaan cuaca hujan, Perdana Menteri menunjukkan pakaiannya yang basah sambil menyatakan keterujaannya.
“Ya, anda lihat, saya basah, tetapi saya teruja. Anda lihat, seluruh negara bergembira,” katanya.
Dalam temu bual ringkas itu, Anwar turut ditanya mengenai kemungkinan Malaysia kembali menjadi tuan rumah perlumbaan F1 pada masa depan.
Beliau berkata, kerajaan menantikan kemungkinan tersebut dan perbincangan mengenainya sedang berlangsung. – MYNEWSHUB


