KUALA LUMPUR – Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh mendakwa rakyat Negeri Sembilan menanggung bencana besar akibat memberi kemenangan kepada ‘gelombang biru’
Justeru, beliau mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung akan memberi jawapan sama ada rakyat sudah sedar dan serik dengan ‘gelombang biru’
“Rakyat terpaksa menanggung bencana besar dari kemenangan gelombang biru ini, namun apakah rakyat sedar dan serik dengan dengan permainan politik licik mereka? Melaka ada jawapannya,” dakwanya dalam satu hantaran di media sosial.
Terdahulu, Ismail menuduh konon ‘gelombang biru’ sesuatu yang indah nama, tetapi racun yang sangat toksik ketika mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN)
Dakwanya, sentimen Melayu dan Islam berjaya menarik sebahagian pengundi Melayu, tetapi perkembangan di Negeri Sembilan didakwa memperlihatkan wajah sebenar ‘gelombang biru’
“Berbekalkan genetik DNA dan budaya kleptokrat, kini mereka tanpa rasa malu dan segan silu merobek istana dan penjawat awam.
“Hasilnya kerajaan Negeri Sembilan lumpuh tidak berfungsi kerana mereka ada hanya MB tanpa EXCO. Mesyuarat MMK tidak dapat dibuat, maka keseluruhan polisi dasar pentadbiran terhenti,” dakwanya lagi. – MYNEWSHUB
Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Dato Dr Ismail Salleh


