• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Rakyat Persoal Mengapa Projek Aplikasi TuJu Tanpa Proses Tender Terbuka – Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menggesa kerajaan melaksanakan tender terbuka bagi membangunkan aplikasi navigasi jalan raya tempatan baharu sebagai alternatif kepada Waze bagi menggantikan TuJu yang didakwanya gagal.

Penasihat DAP itu berkata, kegagalan TuJu kini menjadi sesuatu yang memalukan negara apabila pelbagai meme tular di media sosial mempersendakan aplikasi berkenaan serta kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, rakyat turut mempersoalkan bagaimana projek pembangunan aplikasi itu diberikan kelulusan tanpa melalui proses tender terbuka.

“Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berdepan persoalan orang ramai mengenai pemaju, pemilikan, kaitan dengan bekas pegawai kerajaan serta bagaimana projek itu diperoleh,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Guan Eng yakin ramai anak muda Malaysia mempunyai bakat menghasilkan aplikasi navigasi lebih baik sekiranya diberikan peluang, pembiayaan mencukupi dan persaingan secara terbuka.

Beliau turut mengingatkan kerajaan supaya tidak tergesa-gesa mengesyorkan aplikasi alternatif kepada Waze sebelum ia benar-benar terbukti berfungsi, diuji dan boleh dipercayai.

Katanya, kerajaan boleh memanfaatkan skim pembiayaan sedia ada bagi membantu pembangun menghasilkan produk berdaya maju minimum (MVP) tanpa perlu melepaskan pegangan ekuiti.

Antara kemudahan yang dicadangkan CIP SPARK di bawah Cradle Fund dengan geran sehingga RM150,000 serta pembiayaan Cradle Fund sehingga RM600,000.

Selain itu, beliau menyenaraikan Malaysia Digital Catalyst Grant sehingga RM1 juta, Malaysia Digital Acceleration Grant sehingga RM2 juta dan Cradle Elevate antara RM500,000 hingga RM2 juta.

Turut dicadangkan adalah geran sektor kandungan digital dan permainan di bawah MDEC bernilai RM300,000 hingga RM2 juta. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: aplikasiGuan EngMengapapersoalprojekRakyatTanpa Prosestender terbukaTuJu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

PMX Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kerajaan Haramkan Sepenuhnya Waze, Mohon Maaf Kelemahan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan pelbagai masalah menggunakan aplikasi navigasi TuJu...

Pemuda MCA Minta Kerajaan Dedah Proses Pemilihan Rakan Pelaksana Pembangunan Aplikasi TuJu

Pemuda MCA Minta Kerajaan Dedah Proses Pemilihan Rakan Pelaksana Pembangunan Aplikasi TuJu

23/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda MCA mempersoalkan konsistensi dasar kerajaan berhubung penggunaan aplikasi navigasi Waze susulan keputusan melarang penggunaannya bagi urusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd