• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Minit Mesyuarat DKU Sulit, Aminuddin Dakwa Tiada Kuasa Untuk Dedahkan

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Minit Mesyuarat DKU Sulit, Aminuddin Dakwa Tiada Kuasa Untuk Dedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan minit mesyuarat Dewan Keadilan dan Undang (DKU) diserahkan atau didedahkan kepada umum.

Menurut Aminuddin, perkara berhubung minit mesyuarat berkenaan tidak sepatutnya terus dibangkitkan kerana Menteri Besar ketika ini telah menghadiri mesyuarat berkaitan dan mengetahui butiran yang berlaku.

“Minit mesyuarat mestilah disahkan oleh Ahli Dewan Keadilan. Pastinya MB tahu apa butiran mesyuarat yang telah berlaku sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Aminuddin berkata, beliau sebelum ini telah berulang kali menjelaskan bahawa kedudukannya hanyalah sebagai ahli yang turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Justeru, katanya, beliau tidak mempunyai kuasa untuk meminta Setiausaha Dewan menyerahkan minit mesyuarat yang masih belum disahkan oleh DKU.

Beliau turut menegaskan bahawa minit mesyuarat berkenaan merupakan dokumen sulit dan hanya boleh dikeluarkan daripada klasifikasi tersebut oleh DKU yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Kenyataan Aminuddin itu menyusuli desakan Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Muhammad Sufian Maradzi supaya persoalan mengenai minit Mesyuarat DKU pada 17 April lalu diperjelaskan.

Muhammad Sufian menyifatkan rekod mesyuarat berkenaan sebagai antara perkara penting dalam menelusuri punca kemelut yang berlaku.

Aminuddin dalam pada itu meminta Muhammad Sufian supaya meneliti Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri serta perkara berkaitan DKU terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan mengenai isu berkenaan.

“Semoga UMNO sedar untuk menghentikan segala permainan politik dalam keadaan rakyat resah dan gelisah. Sila mula bekerja,” katanya. – MYNEWSHUB

Tags: AminuddinDKUMinit MesyuaratSulitTiada KuasaUntuk Dedahkan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Pernah Diminta Tandatangan Proklamasi, Tetapi Saya Tolak – Bekas MB Aminuddin

Saya Pernah Diminta Tandatangan Proklamasi, Tetapi Saya Tolak – Bekas MB Aminuddin

25/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mendakwa beliau pernah diminta menandatangani dokumen proklamasi berkaitan...

DKU Dakwa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Tidak Kuasa Tentukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

DKU Dakwa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Tidak Kuasa Tentukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

17/09/2026
0

SEREMBAN - Dewan Keadilan dan Undang (DKU) mendakwa keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Bil. 6/2026 adalah tidak sah, tidak berperlembagaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd