• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Korbankan Prinsip Demi Tegakkan Keadilan Tumbangkan BN – Mat Sabu

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kit Siang Korbankan Prinsip Demi Tegakkan Keadilan Tumbangkan BN – Mat Sabu
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu mengimbau jasa veteran DAP, Lim Kit Siang yang sanggup mengorbankan prinsip politik demi menegakkan keadilan dan menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, menjelang PRU14 pada 2018, Kit Siang mengambil pendirian bahawa pembangkang perlu bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya benar-benar mahu menamatkan pemerintahan BN.

Menurutnya, pendirian itu mengejutkan pemimpin DAP ketika itu memandangkan Kit Siang dan Dr Mahathir mempunyai sejarah perseteruan politik yang panjang termasuk pengalaman pemimpin veteran DAP itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

“Menjelang PRU 2018, Lim Kit Siang kata kalau kita nak tumbangkan kerajaan BN, kita kena berkawan dengan Mahathir. Terkejut habis pemimpin DAP… ‘Mahathir! Nak kawan dengan Mahathir!’

“Pemimpin DAP terkejut bila Lim Kit Siang membuat pendirian sebegitu. Mereka tak terfikir Lim Kit Siang yang berdepan dengan Tun Mahathir, kena ISA, kena berbagai-bagai cara, boleh mengatakan nak tumbangkan BN kena bersama Mahathir,” katanya menerusi satu rakaman video ucapan yang dimuat naik di media sosial semalam.

Mohamad mendakwa apabila pemimpin DAP bertanya mengenai nasib dan kedudukan Kit Siang sekiranya Dr Mahathir kembali menjadi Perdana Menteri, veteran DAP itu menegaskan kedudukan peribadinya bukan keutamaan.

“I don’t care my position. My position tak penting. Yang penting kalau kita nak kalahkan Barisan Nasional,” katanya memetik pendirian Kit Siang ketika itu.

Menurut Mohamad, ketika isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi antara isu besar menjelang PRU14.

“Jadi untuk kestabilan, kadangkala seseorang itu mengorbankan sedikit prinsipnya, prinsip parti, tetapi beliau lebih menekankan prinsip keadilan,” katanya.

Dalam masa sama beliau menyindir terdapat pemimpin PAS ketika itu yang tidak faham mengenai isu 1MDB berpura-pura faham dan menyatakan berpuas hati dengan 1MDB.

“Ada pemimpin PAS tu dia tak faham, dia buat-buat faham Orang terang sikit kat dia.. saya berpuas hati 1MDB. Terang pasal Tabung Haji, saya berpuas hati.

“Hang tak tahu akaun, tanyalah orang yang reti. Macam undang-undang juga. Saya tak pandai, saya kena tanya peguam.

“Jadi, kerana kisah 1MDB begitu dahsyat meletup seluruh dunia, Kit Siang kata kalau nak tumbangkan BN kena terima Tun Mahathir. Ini jawapan seorang ahli politik veteran,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Rakaman Video Ucapan: Akaun Media Sosial Mohamad Sabu

Tags: DemiKit SiangKorbankan PrinsipMat SabuTegakkan KeadilanTumbangkan BN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

Mat Sabu Boleh Jadi Menteri, Takkan Shahrol Shiro Tak Boleh Jadi Pengajar Sambilan UKM?

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail mempersoalkan kritikan terhadap pelantikan pelawak dan penggiat seni...

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd