• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Kerajaan Akan Bawa Pakar Siasatan Jenayah, Psikologi Perkukuh Keselamatan Sekolah
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membawa lebih ramai tokoh dan pakar termasuk dalam bidang siasatan jenayah, psikologi, perkembangan kanak-kanak serta keselamatan bagi memperkukuh usaha meningkatkan tahap keselamatan di sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, langkah itu merupakan kesinambungan usaha kementerian meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan murid susulan pelbagai perkara yang dibangkitkan sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Menurutnya, usaha memperkukuh keselamatan institusi pendidikan tidak boleh dilaksanakan KPM secara bersendirian, sebaliknya memerlukan pandangan dan kepakaran pelbagai pihak.

Sejak Oktober 2025, katanya, KPM telah mengadakan perbincangan bersama UNICEF, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM).

Menurut beliau, perbincangan turut diadakan bersama Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) dan Yayasan Chow Kit menerusi Jawatankuasa Reformasi Keselamatan Institusi Pendidikan.

Tambah beliau, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) turut dilibatkan dalam pelaksanaan audit serta latihan keselamatan di sekolah.

Fadhlina berkata, antara perkara yang telah diteliti termasuk pengurusan asrama, penggunaan kamera litar tertutup (CCTV), peranan warden, pengurusan disiplin serta mekanisme pelaporan apabila berlaku sesuatu kejadian.

“Kita tidak akan berhenti di sini. Selepas ini kita akan besarkan lagi meja ini. Tokoh dan pakar dalam bidang siasatan jenayah, psikologi, perkembangan kanak-kanak dan keselamatan akan kita bawa bersama untuk melihat apa lagi yang perlu diperbaiki.

“Lebih banyak kepakaran dan perspektif akan kita dengar. Kita mahu setiap sudut diteliti supaya apa yang kurang dapat diperbaiki dan apa yang sudah berjalan dapat diperkukuh. Kerja ini akan terus kita lakukan,,” katanya menerusi hantaran di media sosial. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Fadhlina Sidek

Tags: bawaKerajaanKeselamatan SekolahPakar Siasatan JenayahPerkukuhpsikologi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tahap Keselamatan Sekolah Semakin Meruncing, Rakyat Berhak Dapat Jawapan Segera – Saifuddin

Tahap Keselamatan Sekolah Semakin Meruncing, Rakyat Berhak Dapat Jawapan Segera – Saifuddin

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek didesak memberikan penerangan di Dewan Rakyat berhubung tahap keselamatan murid di...

Adakah Terdapat ‘Undertaking’, Komitmen Kewangan Kerajaan Bantu AirAsia? – Fadhli Shaari

Adakah Terdapat ‘Undertaking’, Komitmen Kewangan Kerajaan Bantu AirAsia? – Fadhli Shaari

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari meminta Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan jika terdapat 'undertaking', jaminan atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd