• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000 kepada rakyat Malaysia yang membeli penapis udara bagi menghadapi krisis jerebu berpunca dari Indonesia.

Beliau berkata, rebat cukai itu perlu diberikan bagi meringankan beban rakyat yang terpaksa menanggung kos tambahan akibat keadaan jerebu semakin buruk.

“Sekiranya Malaysia enggan mengambil tindakan terhadap Indonesia demi membantu rakyat Malaysia yang menderita akibat jerebu, kerajaan sekurang-kurangnya perlu menawarkan rebat cukai khas, bukan potongan cukai, sebanyak RM1,000,” katanya dalam kenyataan.

Guan Eng mendakwa Indonesia gagal menangani krisis jerebu secara serius apabila masih enggan mengisytiharkan keadaan itu sebagai bencana nasional meskipun kebakaran hutan dan tanah semakin meluas.

Beliau turut mengkritik tindakan Indonesia yang menurutnya menolak tawaran bantuan antarabangsa, termasuk Malaysia, kerana yakin mampu menguruskan krisis menggunakan sumber sendiri.

Dalam pada itu, Guan Eng menyifatkan respons kerajaan Malaysia sebagai lemah dan mengecewakan.

Guan Eng turut mengkritik keengganan kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap Indonesia, sebaliknya terus bergantung kepada usaha diplomatik yang didakwanya gagal.

Katanya, banyak penapis udara kini kehabisan stok, manakala harga turut meningkat berikutan kekurangan bekalan.

Beliau menegaskan penapis udara mampu membantu mengurangkan kesan buruk jerebu terhadap kesihatan, khususnya warga emas dan kanak-kanak kecil.

“Rebat RM1,000 bagi pembelian penapis udara ini akan membantu menampung sebahagian daripada kos tambahan luar jangka akibat jerebu yang kini membebankan rakyat Malaysia biasa,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Lim Guan Eng

Tags: BeliBerigesaIndonesiaKerajaanKerajaan EnggankritikLim Guan EngPenapis UdaraRebat Cukai RM1000saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DPMM Gesa TikTok Shop Tangguh Kenaikan Komisen, Bimbang Bebankan Peniaga

DPMM Gesa TikTok Shop Tangguh Kenaikan Komisen, Bimbang Bebankan Peniaga

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) menggesa TikTok Shop menangguhkan kenaikan kadar komisen bagi beberapa kategori produk yang...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd