KOREA SELATAN – Johor Darul Ta’zim (JDT) meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) 2026/27 selepas menewaskan kelab Korea Selatan, FC Pohang Steelers 2-0 hari ini.
Dalam aksi kedua saingan Liga Zon Timur yang berlangsung di Stadium Pohang Steel Yard, Korea Selatan, kedua-dua gol Harimau Selatan dijaringkan Marcos Guilherme.
Selepas babak pertama berakhir tanpa jaringan, Marcos memecah kebuntuan pada minit ke-49 untuk meletakkan JDT di hadapan 1-0.
Pemain itu kemudian sekali lagi menemui sasaran pada minit ke-89 bagi memastikan skuad Harimau Selatan membawa pulang tiga mata berharga dari bumi Korea Selatan.
Kemenangan tersebut menyaksikan JDT kini mengumpul empat mata selepas dua perlawanan dalam kempen ACL Elite musim ini.
Keputusan tersebut sekaligus melonjakkan kedudukan JDT dalam carta Kumpulan A bagi kejohanan ACL Elite 2026/27. – MYNEWSHUB


