• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
Pihak Berkuasa Agama Siasat Video Tular Individu Islam Didakwa Sertai Ritual Keagamaan Lain
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sedang mengambil tindakan bersama pihak berkuasa susulan penularan beberapa rakaman video yang didakwa memperlihatkan seorang individu beragama Islam menyertai ritual keagamaan bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya memandang serius isu berkenaan termasuk perlakuan yang dikaitkan dengan unsur pemujaan serta penggunaan mantera tertentu.

Menurut beliau, tindakan sewajarnya sedang diambil bersama pihak berkuasa bagi membolehkan penelitian, siasatan dan tindakan lanjut dilaksanakan mengikut bidang kuasa serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Kerajaan tegas dalam memelihara kesucian akidah umat Islam dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang amalan yang terbukti menyeleweng daripada akidah Islam.

“Sebarang tindakan akan berasaskan fakta dan hasil siasatan pihak berautoriti demi memelihara keadilan serta keharmonian masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan.

Isu berkenaan dipercayai berkaitan penularan rakaman video di media sosial yang didakwa menunjukkan seorang individu beragama Islam melakukan ritual keagamaan Hindu.

Berdasarkan dakwaan seorang pengguna media sosial, individu terbabit didakwa melakukan beberapa perlakuan ritual termasuk menjunjung objek keagamaan di atas kepala.

Pengguna media sosial berkenaan turut mempersoalkan tindakan individu terbabit yang didakwa beragama Islam serta menggesa pihak berkuasa agama menyiasat perkara itu.

Terdahulu, Zulkifli menegaskan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil maklum penularan rakaman tersebut dan memandang serius sebarang perlakuan yang berpotensi bercanggah dengan akidah Islam.

Beliau berkata, penelitian dan siasatan perlu dilaksanakan berdasarkan fakta sebelum sebarang tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat.

Tegasnya, pendirian kerajaan dalam mempertahankan kesucian akidah umat Islam adalah jelas, namun setiap tindakan mesti mematuhi undang-undang bagi memastikan keadilan serta keharmonian masyarakat terus terpelihara. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Tags: DidakwaIndividu IslamPihak Berkuasa AgamaRitual Keagamaan LainSertaisiasatvideo tular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

Eric Lim Sian See Akan Lapor Polis Terhadap Pihak Didakwa Edit, Tambah Petikan Al-Quran Pada Komennya

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Penganalisis politik, Eric Lim Sian See memaklumkan akan membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwanya menyunting dan...

J-KOM Lapor Polis Terhadap Lim Sian See, Didakwa Persenda Ayat Al-Quran

J-KOM Lapor Polis Terhadap Lim Sian See, Didakwa Persenda Ayat Al-Quran

10/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) akan membuat laporan polis terhadap Eric Lim Sian See susulan dakwaan bahawa individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd