• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FB Najib Razak Jelaskan Situasi, Dulu Lambakan Graduan Kini Kekurangan Doktor

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
FB Najib Razak Jelaskan Situasi, Dulu Lambakan Graduan Kini Kekurangan Doktor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem kontrak sementara bagi graduan perubatan yang diperkenalkan pada Disember 2016 bertujuan menangani peningkatan mendadak jumlah graduan ketika itu, berbeza dengan keadaan hari ini apabila negara berdepan kekurangan doktor sehingga menghadapi masalah mengisi kekosongan jawatan.

Perkara itu dijelaskan menerusi satu hantaran oleh akaun media sosial bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (Najib Razak) susulan pengumuman kerajaan untuk menoktahkan isu doktor kontrak menerusi Belanjawan 2027.

Menurut hantaran berkenaan, sekitar tahun 2014 hingga 2016, Malaysia berdepan situasi unik apabila jumlah graduan perubatan meningkat dengan ketara, bukan sahaja daripada institusi pengajian awam dan swasta tempatan, malah dari luar negara termasuk Indonesia, Rusia, Ukraine dan India.

Jumlah graduan perubatan yang sebelum itu sekitar 3,000 orang setahun meningkat sekali ganda kepada kira-kira 6,000 orang, sekali gus menyebabkan sebilangan besar graduan perubatan warganegara Malaysia menganggur.

Bagi menangani keadaan tersebut, kerajaan pada penghujung 2016 mengambil langkah memperkenalkan sistem kontrak sementara untuk graduan perubatan, pergigian dan farmasi.

Bagaimanapun, hantaran itu menjelaskan mereka yang memenuhi kriteria selepas menjalani latihan pegawai perubatan siswazah (HO) selama kira-kira dua tahun masih boleh diserap ke jawatan tetap.

Hantaran berkenaan turut menegaskan bahawa Najib tidak lagi mempunyai kuasa untuk membuat penilaian, penambahbaikan atau perubahan dasar sejak tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri pada 2018.

Dalam satu lagi hantaran berasingan, akaun Najib Razak turut menegaskan bahawa pelantikan tetap doktor kontrak sememangnya dilaksanakan selepas sistem kontrak sementara graduan perubatan diperkenalkan.

“Ada atau tidak pelantikan pegawai perubatan tetap sejak sistem kontrak sementara dilaksanakan Disember 2016? Jawapan ringkasnya ada.

“Mengapa lantikan tetap (ketika itu) 1,089 orang, dan bukan 3,000 atau 5,000 atau 10,000? Maaf. Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri sejak tahun 2018 dan tidak ada kuasa mengkaji, menilai, mengubah, menambak baik dasar kerajaan mengikut keadaan atau keperluan ketika itu.

“Rancangan Malaysia pun dibuat untuk lima tahun pelaksanaan. Dan ada Kajian Separuh Penggal untuk buat perubahan, penambahbaikan jika perlu. Keadaan berubah. Masalah berubah,” jelas hantaran tersebut. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Najib Razak

Tags: DuluFBJelaskanKekurangan DoktorKiniLambakan Graduannajib razakSituasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gulam Muzaffar Minta Anthony Loke Jelaskan Penggunaan ‘Post-Dated Cheque’ RM231 Juta MYEG

Gulam Muzaffar Minta Anthony Loke Jelaskan Penggunaan ‘Post-Dated Cheque’ RM231 Juta MYEG

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan penggunaan cek bertarikh kemudian (post-dated cheque) bernilai RM231...

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

FAM Tuntut FIFA Jelaskan Masa Tambahan Indonesia-Bangladesh, 2 Minit Jadi 7 Minit

02/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd